Sentiasa selamat di mana sahaja

Sebelum anda memberikan peranti mudah alih seperti tablet atau telefon kepada anak remaja anda—atau membenarkan mereka bermain dengan peranti anda—bincang dengan mereka mengenai jenis tapak yang mereka boleh lawati dan perkara yang boleh dikongsi dalam talian. Didik mereka tentang kepentingan mengunci peranti mereka dengan kata laluan sekiranya telefon mereka hilang atau dicuri. (Pada peranti Android, anda boleh mengunci skrin menggunakan PIN, corak, malah wajah anda!).

Alat keselamatan

Ketahui 5 ciri keselamatan dalam talian teratas Google yang direka untuk membantu anda memastikan keluarga anda selamat dalam talian.

Google Play

Gunakan kawalan Ibu bapa untuk menapis apl mengikut rating kandungan

Anda boleh menggunakan kawalan Ibu bapa untuk menyekat kandungan yang boleh dimuat turun atau dibeli di Google Play. Ciri ini membantu anda mencari kandungan yang sesuai untuk anda dan keluarga.

Ketahui lebih lanjut

Buka apl Gedung Play pada peranti anda.

Di penjuru atas sebelah kiri, sentuh ikon Menu.

Ketik Tetapan.

Ketik Kawalan ibu bapa.

Hidupkan Kawalan ibu bapa.

Buat PIN.

Sentuh Apl & Permainan.

Pilih tahap kematangan.

YouTube

Tetapkan penapis untuk memastikan kandungan yang tidak sesuai tidak dimasukkan

Jika anda memilih untuk tidak melihat kandungan dewasa atau yang dikenakan sekatan umur apabila anda menyemak imbas di YouTube, tatal ke bahagian bawah mana-mana halaman YouTube dan dayakan Mod Keselamatan. Mod Keselamatan membantu menapis kandungan yang mungkin tidak menyenangkan dari carian, video berkaitan, senarai main, rancangan dan filem.

Ketahui lebih lanjut

Tatal ke bahagian bawah mana-mana halaman YouTube dan klik menu lungsur dalam bahagian "Keselamatan".

Pilih Hidupkan atau Matikan untuk mendayakan atau melumpuhkan Mod Keselamatan.

Untuk mengunci tetapan ini, log masuk ke Akaun Google anda.

Apabila anda log masuk, anda diberi pilihan untuk mengunci tetapan ini.

Chrome

Kawal kandungan yang dilihat oleh keluarga anda di Web

Jika anda ingin mengawal tapak yang boleh dilawat oleh keluarga anda di Internet, anda boleh menggunakan Pengguna di Bawah Seliaan di Google Chrome. Dengan Pengguna di Bawah Seliaan, anda boleh melihat halaman yang telah dilawati oleh pengguna anda dan menyekat tapak web yang anda tidak ingin pengguna anda lihat.

Ketahui lebih lanjut

Untuk menyediakan pengguna di bawah seliaan pada Chromebook anda, mulakan pada skrin log masuk utama dan klik Tambah pengguna.

Di sebelah kanan skrin, pilih Buat pengguna di bawah seliaan.

Klik Buat pengguna di bawah seliaan.

Log masuk ke akaun yang akan mengurus pengguna di bawah seliaan dan klik Seterusnya.

Pilih nama pengguna, kata laluan dan gambar untuk pengguna di bawah seliaan. Klik Seterusnya.

Android

Hadkan akses kepada apl dan permainan yang diluluskan sahaja.

Ingin berkongsi tablet anda tanpa mengongsi semua bahan anda? Pada tablet Android yang menjalankan versi 4.3 dan yang lebih tinggi, anda boleh membuat profil terhad yang mengehadkan akses yang pengguna lain miliki kepada ciri dan kandungan pada tablet anda.

Ketahui lebih lanjut

Jika anda pemilik tablet, sentuh Tetapan → Pengguna → Tambah pengguna atau profil.

Sentuh Profil terhad → Profil baharu, kemudian nama profil.

Gunakan suis HIDUPKAN/MATIKAN dan tetapan untuk mengurus akses kepada ciri, tetapan serta apl.

Tekan butang Kuasa untuk kembali ke skrin kunci, kemudian sentuh ikon profil baharu.

Setelah semua disediakan, skrin Laman Utama menjadi kosong. Sentuh ikon Semua Apl untuk bermula dengan profil baharu.

Lihat lagi alat keselamatan