Mempertimbangkan kebolehpercayaan kandungan

Hanya kerana anda melihatnya dalam talian, tidak bermakna perkara tersebut benar. Didik keluarga anda untuk melihat semua kandungan secara kritis supaya mereka dapat mengenal pasti fakta berbanding yang palsu dalam talian. Ketahui cara membezakan sumber yang boleh dipercayai daripada yang tidak dan cara untuk mengesahkan maklumat yang mereka temui dalam talian.

Alat keselamatan

Ketahui ciri keselamatan Google yang direka untuk mengawal bahan yang keluarga anda lihat dalam talian.

Carian Google

Laporkan keputusan SafeSearch yang tidak wajar

Jika anda menemui hasil di SafeSearch yang berunsur dewasa, sila laporkannya kepada kami—kami sentiasa berusaha untuk menambah baik penapis kandungan kami dan jenis maklum balas seperti ini membantu kami menjadikan SafeSearch lebih selamat untuk semua orang.

Ketahui lebih lanjut

Klik imej tidak senonoh yang anda lihat dalam hasil carian untuk membuka halaman yang mengandungi lebih banyak pilihan

Klik Hantar maklum balas di penjuru bawah sebelah kanan panel hasil carian imej.

YouTube

Benderakan kandungan yang boleh dipersoalkan

Pakar dasar kami berusaha sepanjang masa untuk membantu memastikan anda dan keluarga anda selamat di YouTube. Jika anda melihat kandungan atau kelakuan yang anda fikir melanggar Garis Panduan Komuniti YouTube, anda boleh membenderakannya untuk semakan. Jika didapati melanggar garis panduan kami, video tersebut akan dialih keluar daripada tapak. Jika didapati tidak melanggar Garis Panduan tetapi mungkin tidak sesuai untuk semua orang, video tersebut mungkin dikenakan sekatan umur, jadi pengguna yang lebih muda tidak dapat menontonnya.

Ketahui lebih lanjut

Untuk membenderakan video, klik butang "Bendera" di bawah alat main video.

Klik sebab untuk pembenderaan yang paling sesuai dengan pelanggaran dalam video tersebut.

Berikan sebarang maklumat tambahan yang boleh membantu pasukan penyemakan membuat keputusan mereka.

Pembenderaan video dilakukan secara awanama, tetapi anda perlu log masuk untuk menggunakan alat pembenderaan.

Untuk mengetahui cara membenderakan ulasan atau saluran, sila layari Pusat Bantuan.

Google+

Laporkan kandungan yang menjelikkan

Jika seseorang membuat ulasan atau catatan yang tidak sesuai di Google+, anda boleh melaporkannya—walaupun dari peranti mudah alih. Google+ mempunyai Dasar Kandungan jelas yang menerangkan perkara yang sesuai dan tidak sesuai untuk dilakukan di tapak, jadi jika anda melihat kandungan atau kelakuan yang melanggar dasar kami, anda boleh membenderakannya untuk semakan. Kami menyemak kandungan yang dibenderakan sepanjang masa dan kami boleh mengalih keluar kandungan dan mengehadkan atau menutup akaun pengguna yang melanggar dasar kami.

Ketahui lebih lanjut

Untuk melaporkan catatan, klik anak panah di bahagian atas sebelah kanan catatan. Kemudian klik Laporkan Spam atau Penyalahgunaan.

Dalam tetingkap pop timbul yang dipaparkan, anda boleh mengenal pasti sebab anda melaporkan tentang catatan tersebut.

Apabila telah selesai, bendera merah akan dipaparkan bersebelahan dengan catatan tersebut. Untuk membuat asal laporan itu, klik pada bendera merah.

Untuk melaporkan ulasan, tuding pada ulasan tersebut dan klik pada bendera kelabu yang dipaparkan.

Google+

Pastikan Hangouts selamat untuk semua orang

Kami mahu semua orang seronok menggunakan Hangouts. Jika anda melihat kandungan atau kelakuan yang melanggar Dasar Kandungan dan Kelakuan Google+, anda boleh membenderakannya untuk semakan. Dasar ini memainkan peranan penting dalam memastikan Google+ menjadi tempat yang selamat dan positif, jadi kami mungkin mengalih keluar kandungan dan mengehadkan atau menutup akaun pengguna yang melanggar dasar kami. Anda turut boleh menyekat pengguna Hangouts jika anda tidak lagi mahu melihat atau mendengar suara mereka.

Ketahui lebih lanjut

Untuk menghalang pengguna Hangout, tuding tetikus pada lakaran kecil video orang itu.

Klik ikon abaikan.

Untuk menyekat pengguna Hangout selama-lamanya, tandai kotak di sebelah "Padam selama-lamanya" dan kemudian pilih Selesai.

Blogger

Bantu memastikan blogosphere selamat untuk semua

Terdapat garis panduan yang jelas mengenai jenis kandungan yang boleh disiarkan di Blogger. Jika anda melihat kandungan yang melanggar Dasar Kandungan Blogger, anda boleh membenderakannya untuk semakan. Apa-apa sahaja yang melanggar dasar kami akan dialih keluar dan kami akan meletakkan halaman amaran di hadapan kandungan yang tidak melanggar dasar kami tetapi mungkin tidak sesuai untuk kesemua khalayak.

Ketahui lebih lanjut

Untuk melaporkan kandungan, lawati artikel bantuan di sini.

Di bahagian bawah halaman, pilih jenis penyalahgunaan untuk mengakses borang hubungan yang berkaitan.

Lengkapkan maklumat yang diminta dan kemudian klik "Serah".

Jika anda berada di blog yang ingin anda laporkan, klik lungsur "lagi" di bahagian atas halaman.

Kemudian klik "Laporkan Penyalahgunaan" dan ikut langkah untuk memaklumkan Blogger mengenai kandungan pada halaman tersebut.

Google Play

Gunakan kawalan Ibu bapa untuk menapis apl mengikut rating kandungan

Anda boleh menggunakan kawalan Ibu bapa untuk menyekat kandungan yang boleh dimuat turun atau dibeli di Google Play. Ciri ini membantu anda mencari kandungan yang sesuai untuk anda dan keluarga.

Ketahui lebih lanjut

Buka apl Gedung Play pada peranti anda.

Di penjuru atas sebelah kiri, sentuh ikon Menu.

Ketik Tetapan.

Ketik Kawalan ibu bapa.

Hidupkan Kawalan ibu bapa.

Buat PIN.

Sentuh Apl & Permainan.

Pilih tahap kematangan.

YouTube

Tetapkan penapis untuk memastikan kandungan yang tidak sesuai tidak dimasukkan

Jika anda memilih untuk tidak melihat kandungan dewasa atau yang dikenakan sekatan umur apabila anda menyemak imbas di YouTube, tatal ke bahagian bawah mana-mana halaman YouTube dan dayakan Mod Keselamatan. Mod Keselamatan membantu menapis kandungan yang mungkin tidak menyenangkan dari carian, video berkaitan, senarai main, rancangan dan filem.

Ketahui lebih lanjut

Tatal ke bahagian bawah mana-mana halaman YouTube dan klik menu lungsur dalam bahagian "Keselamatan".

Pilih Hidupkan atau Matikan untuk mendayakan atau melumpuhkan Mod Keselamatan.

Untuk mengunci tetapan ini, log masuk ke Akaun Google anda.

Apabila anda log masuk, anda diberi pilihan untuk mengunci tetapan ini.

Carian Google

Tetapkan dan lupakannya. Pastikan Mod Keselamatan dikunci.

Jika anda ingin Mod Keselamatan sentiasa dihidupkan, anda boleh menguncinya. Kemudian setiap kali anda mengakses YouTube dari penyemak imbas itu, anda akan log masuk ke Mod Keselamatan secara automatik.

Ketahui lebih lanjut

Pilih Hidupkan atau Matikan untuk mendayakan atau melumpuhkan Mod Keselamatan.

Untuk mengunci tetapan ini, log masuk ke Akaun Google anda.

Apabila anda log masuk, anda diberi pilihan untuk mengunci tetapan ini.

Google Play

Halang pembelian yang tidak disengajakan atau tidak diingini

Anda boleh membantu menghalang pembelian yang tidak disengajakan yang dibuat di Google Play dengan meminta maklumat tertentu, seperti kata laluan dimasukkan sebelum membuat pembelian.

Ketahui lebih lanjut

Buka apl Gedung Play pada peranti anda.

Di penjuru atas sebelah kiri, sentuh ikon Menu.

Ketik Tetapan.

Ketik Memerlukan pengesahan untuk pembelian.

Pilih pilihan yang terbaik untuk anda. Jika anda seorang ibu atau bapa atau merancang untuk berkongsi peranti anda, kami mengesyorkan supaya anda memilih pilihan Untuk semua pembelian melalui Google Play pada peranti ini.

Lihat lagi alat keselamatan