Bermula dengan selamat

Internet menawarkan banyak peluang untuk meneroka, mencipta dan bekerjasama. Untuk memanfaatkan web sepenuhnya, penting untuk memastikan diri anda selamat dan terjamin. Sama ada anda pengguna internet baharu atau mahir, nasihat dan alatan yang terdapat di sini akan membantu anda menavigasi web dengan selamat dan terjamin.

  • Lindungi kata laluan anda

    Ketahui lebih lanjut mengenai cara membuat kata laluan yang kukuh dan memastikan maklumat anda selamat.

    Baca lebih lanjut

  • Log masuk dan keluar

    Log masuk ke Akaun Google anda sememangnya mudah dan berguna—tetapi ketahui saat penting yang memerlukan anda log keluar juga.

    Baca lebih lanjut

  • Mengurus berbilang akaun

    Banyak peranti kini menyokong penggunaan berbilang akaun dalam talian. Ketahui lebih lanjut mengenai cara mengawal akaun mana yang hendak digunakan dan bila hendak menggunakannya.

    Baca lebih lanjut

  • Semak tetapan Gmail anda

    Jika anda menggunakan Gmail, anda boleh ikut langkah ini untuk membantu memastikan akaun anda kekal selamat.

    Baca lebih lanjut

  • Gunakan rangkaian selamat

    Pastikan anda lebih berhati-hati setiap kali anda ke dalam talian menggunakan rangkaian yang tidak dikenali dan ketahui tentang cara menyediakan penghala dan rangkaian Wi-Fi rumah anda secara selamat.

    Baca lebih lanjut

  • Kunci skrin atau peranti anda

    Anda tentu sekali tidak akan membiarkan pintu hadapan rumah anda terbuka apabila meninggalkan rumah, bukan? Ketahui sebab anda perlu mengunci skrin atau peranti anda.

    Baca lebih lanjut

  • Pastikan peranti anda sentiasa bersih

    Ketahui beberapa tanda biasa apabila peranti anda mungkin dijangkiti oleh perisian hasad—perisian berniat jahat yang direka untuk merosakkan peranti atau rangkaian anda—dan cara anda boleh melindungi diri anda.

    Baca lebih lanjut

  • Keselamatan beli-belah dalam talian

    Memandangkan semakin ramai pengguna mula membeli barangan dalam talian, kami telah menghasilkan beberapa petua keselamatan beli-belah untuk anda.

    Baca lebih lanjut

Alat keselamatan

Ketahui 5 ciri keselamatan dalam talian teratas Google yang direka untuk membantu anda memastikan keluarga anda selamat dalam talian.

Akaun Google

Jadikan Akaun Google anda lebih selamat

Anda boleh menambahkan lapisan keselamatan tambahan pada Akaun Google anda dengan mendayakan pengesahan 2 langkah. Jika anda menghidupkan pengesahan 2 langkah, Google akan menghantar kod laluan ke telefon mudah alih anda apabila seseorang cuba log masuk ke akaun anda dari komputer yang tidak dikenali. Ini bermakna, jika seseorang mencuri atau meneka kata laluan anda, bakal penyerang tersebut masih tidak dapat log masuk ke akaun anda kerana mereka tidak memiliki telefon anda. Kini anda boleh melindungi diri anda dengan sesuatu yang anda tahu (kata laluan anda) dan sesuatu yang anda miliki (telefon anda).

Ketahui lebih lanjut

Akses tetapan anda dengan mengklik nama atau gambar anda di penjuru kanan, kemudian klik Akaun.

Di bahagian atas, klik Keselamatan. Dalam kotak Kata Laluan, klik Persediaan di sebelah "Pengesahan 2 langkah."

Anda kemudiannya akan melihat panduan langkah demi langkah yang akan membantu anda melalui proses persediaan.

Anda kemudiannya akan dibawa kembali ke tetapan pengesahan 2 langkah. Semak tetapan anda dan tambah nombor telefon sandaran.

Sudah selesai! Pada log masuk anda yang seterusnya, anda akan menerima SMS dengan kod pengesahan.

Chrome

Semak imbas web secara tertutup

Anda boleh menggunakan Mod Inkognito dalam penyemak imbas Chrome pada komputer, tablet atau telefon anda untuk menyemak imbas web secara tertutup. Dalam Mod Inkognito, halaman yang anda lawati dan fail yang anda muat turun tidak direkodkan dalam sejarah penyemakan imbas atau muat turun Chrome.

Ketahui lebih lanjut

Klik menu Chrome pada bar alat penyemak imbas → Klik Tetingkap Inkognito Baharu.

Tetingkap baharu akan dibuka dengan ikon inkognito terletak di penjuru. Untuk keluar, hanya tutup tingkap tersebut.

Akaun Google

Akaun Google anda, gaya anda

Pada halaman tetapan Akaun anda, anda boleh melihat perkhidmatan dan maklumat yang berkaitan dengan Akaun Google anda dan menukar tetapan keselamatan dan privasi anda.

Ketahui lebih lanjut

Akses tetapan dengan mengklik nama atau gambar anda di penjuru kanan, kemudian klik Akaun.

Akaun Google

Dapatkan makluman jika nama anda muncul di web

Saya di Web boleh membantu anda memahami dan mengurus bahan yang orang lihat apabila mereka mencari anda di Google. Ciri ini membantu anda menyediakan Google Alerts supaya anda boleh memantau jika maklumat tentang anda dipaparkan dalam talian dan secara automatik mencadangkan beberapa istilah carian yang anda mungkin ingin awasi.

Ketahui lebih lanjut

Log masuk ke Akaun Google dan navigasi ke bahagian “Saya di Web”.

Klik Urus Makluman Web saya dan kemudian klik butang merah untuk membuat makluman.

Nama anda akan dipaparkan dalam medan teks. Klik medan teks untuk melihat lagi makluman yang disyorkan.

Klik Tambah untuk menambahkan makluman. Klik ikon pensel untuk membuat suntingan dan ikon tong sampah untuk memadamkan.

Dalam menu lungsur “Berapa kerap”, pilih kekerapan makluman.

Akaun Google

Urus data yang disimpan dalam Akaun Google anda

Dashboard Google menunjukkan apa yang disimpan dalam Akaun Google anda dan memberikan gambaran keseluruhan kepada beberapa aktiviti akaun anda baru-baru ini. Dari satu lokasi pusat, anda boleh melihat data dan aktiviti anda dengan mudah dan mengakses tetapan anda untuk perkhidmatan seperti Blogger, Kalendar, Docs, Google+ dan banyak lagi.

Ketahui lebih lanjut

Lawati Dashboard untuk melihat ringkasan data yang dikaitkan dengan Akaun Google anda dan mengurus tetapan peribadi anda.

Dari sini, lihat dan urus data yang disimpan dalam Akaun Google anda.

Lihat lagi alat keselamatan