Gunakan rangkaian selamat

Sememangnya bagus apabila bersikap lebih berhati-hati apabila anda berada dalam talian menggunakan rangkaian yang anda tidak tahu atau percayai - seperti menggunakan Wi-Fi percuma di kafe tempatan. Penyedia perkhidmatan boleh memantau semua trafik pada rangkaian mereka yang mungkin menyertakan maklumat peribadi anda.

Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan perkhidmatan yang menyulitkan sambungan anda ke perkhidmatan web, lebih sukar bagi seseorang untuk mengintip aktiviti anda. Secara lalai, kami menyulitkan sambungan Gmail antara komputer anda dan Google – ini membantu melindungi aktiviti Google anda daripada diintip oleh orang lain. Kami turut menjadikan perlindungan ini, yang dikenali sebagai penyulitan SSL seluruh sesi, sebagai lalai apabila anda log masuk ke Google Drive dan banyak perkhidmatan yang lain.

Semak isyarat mengenai sambungan anda dengan tapak web apabila anda melayari web.

Mula-mula, lihat bar alamat dalam penyemak imbas anda untuk melihat jika URL kelihatan tulen. Anda turut harus menyemak untuk melihat jika alamat web bermula dengan https:// – yang menunjukkan bahawa sambungan anda ke tapak web telah disulitkan dan lebih tahan terhadap pengintipan atau gangguan. Sesetengah penyemak imbas turut menyertakan ikon ibu kunci dalam bar alamat di sebelah https:// untuk menunjukkan dengan lebih jelas bahawa sambungan anda disulitkan dan anda disambungkan dengan lebih selamat.

Apabila anda bersambung melalui rangkaian Wi-Fi awam, sesiapa sahaja yang berada berhampiran boleh memantau maklumat yang lalu antara komputer anda dan tempat liputan Wi-Fi jika sambungan anda tidak disulitkan. Elakkan daripada melakukan aktiviti penting seperti perbankan atau membeli-belah melalui rangkaian awam.

Jika anda menggunakan Wi-Fi di rumah, anda harus memastikan yang anda menggunakan kata laluan untuk melindungi penghala anda. Hanya ikut arahan yang disediakan oleh Penyedia Perkhidmatan Internet atau pengeluar penghala anda untuk menetapkan kata laluan anda sendiri untuk penghala tersebut dan bukannya menggunakan kata laluan lalai penghala, yang mungkin diketahui oleh penjenayah. Jika penjenayah dapat mengakses penghala anda, mereka boleh menukar tetapan anda dan mengintip aktiviti dalam talian anda.

Akhir sekali, sebagai lapisan keselamatan tambahan, anda turut perlu memastikan rangkaian Wi-Fi rumah anda dilindungi supaya orang lain tidak boleh menggunakannya. Ini bermakna menyediakan kata laluan untuk melindungi rangkaian Wi-Fi anda - dan sama seperti kata laluan lain yang anda pilih, pastikan anda memilih gabungan nombor, huruf dan simbol yang unik supaya orang lain tidak boleh meneka kata laluan anda dengan mudah. Anda harus memilih tetapan WPA2 apabila anda mengkonfigurasi rangkaian anda untuk mendapatkan perlindungan yang lebih maju.

Alat keselamatan

Ketahui 5 ciri keselamatan dalam talian teratas Google yang direka untuk membantu anda memastikan keluarga anda selamat dalam talian.

Akaun Google

Jadikan Akaun Google anda lebih selamat

Anda boleh menambahkan lapisan keselamatan tambahan pada Akaun Google anda dengan mendayakan pengesahan 2 langkah. Jika anda menghidupkan pengesahan 2 langkah, Google akan menghantar kod laluan ke telefon mudah alih anda apabila seseorang cuba log masuk ke akaun anda dari komputer yang tidak dikenali. Ini bermakna, jika seseorang mencuri atau meneka kata laluan anda, bakal penyerang tersebut masih tidak dapat log masuk ke akaun anda kerana mereka tidak memiliki telefon anda. Kini anda boleh melindungi diri anda dengan sesuatu yang anda tahu (kata laluan anda) dan sesuatu yang anda miliki (telefon anda).

Ketahui lebih lanjut

Akses tetapan anda dengan mengklik nama atau gambar anda di penjuru kanan, kemudian klik Akaun.

Di bahagian atas, klik Keselamatan. Dalam kotak Kata Laluan, klik Persediaan di sebelah "Pengesahan 2 langkah."

Anda kemudiannya akan melihat panduan langkah demi langkah yang akan membantu anda melalui proses persediaan.

Anda kemudiannya akan dibawa kembali ke tetapan pengesahan 2 langkah. Semak tetapan anda dan tambah nombor telefon sandaran.

Sudah selesai! Pada log masuk anda yang seterusnya, anda akan menerima SMS dengan kod pengesahan.

Chrome

Semak imbas web secara tertutup

Anda boleh menggunakan Mod Inkognito dalam penyemak imbas Chrome pada komputer, tablet atau telefon anda untuk menyemak imbas web secara tertutup. Dalam Mod Inkognito, halaman yang anda lawati dan fail yang anda muat turun tidak direkodkan dalam sejarah penyemakan imbas atau muat turun Chrome.

Ketahui lebih lanjut

Klik menu Chrome pada bar alat penyemak imbas → Klik Tetingkap Inkognito Baharu.

Tetingkap baharu akan dibuka dengan ikon inkognito terletak di penjuru. Untuk keluar, hanya tutup tingkap tersebut.

Akaun Google

Akaun Google anda, gaya anda

Pada halaman tetapan Akaun anda, anda boleh melihat perkhidmatan dan maklumat yang berkaitan dengan Akaun Google anda dan menukar tetapan keselamatan dan privasi anda.

Ketahui lebih lanjut

Akses tetapan dengan mengklik nama atau gambar anda di penjuru kanan, kemudian klik Akaun.

Akaun Google

Dapatkan makluman jika nama anda muncul di web

Saya di Web boleh membantu anda memahami dan mengurus bahan yang orang lihat apabila mereka mencari anda di Google. Ciri ini membantu anda menyediakan Google Alerts supaya anda boleh memantau jika maklumat tentang anda dipaparkan dalam talian dan secara automatik mencadangkan beberapa istilah carian yang anda mungkin ingin awasi.

Ketahui lebih lanjut

Log masuk ke Akaun Google dan navigasi ke bahagian “Saya di Web”.

Klik Urus Makluman Web saya dan kemudian klik butang merah untuk membuat makluman.

Nama anda akan dipaparkan dalam medan teks. Klik medan teks untuk melihat lagi makluman yang disyorkan.

Klik Tambah untuk menambahkan makluman. Klik ikon pensel untuk membuat suntingan dan ikon tong sampah untuk memadamkan.

Dalam menu lungsur “Berapa kerap”, pilih kekerapan makluman.

Akaun Google

Urus data yang disimpan dalam Akaun Google anda

Dashboard Google menunjukkan apa yang disimpan dalam Akaun Google anda dan memberikan gambaran keseluruhan kepada beberapa aktiviti akaun anda baru-baru ini. Dari satu lokasi pusat, anda boleh melihat data dan aktiviti anda dengan mudah dan mengakses tetapan anda untuk perkhidmatan seperti Blogger, Kalendar, Docs, Google+ dan banyak lagi.

Ketahui lebih lanjut

Lawati Dashboard untuk melihat ringkasan data yang dikaitkan dengan Akaun Google anda dan mengurus tetapan peribadi anda.

Dari sini, lihat dan urus data yang disimpan dalam Akaun Google anda.

Lihat lagi alat keselamatan