Bersambung dengan bertanggungjawab

Dari perbualan berterusan kami dengan ibu bapa, kami tahu bahawa ibu bapa amat mengambil berat dalam memantau aktiviti dalam talian anak remaja masing-masing. Langkah mendidik anak remaja anda tentang asas menjadi warga digital yang bertanggungjawab dapat membantu mereka membuat pilihan yang baik sepanjang ketiadaan anda. Mereka perlu tahu cara untuk bertindak balas terhadap keadaan sosial dalam talian, cara untuk melaporkan penyalahgunaan dan orang yang perlu dirujuk untuk mendapatkan bantuan. Ketahui lebih lanjut mengenai cara untuk memulakan perbualan ini dengan keluarga anda.

  • Simpan maklumat peribadi atas dasar perlu mengetahui

    Dapatkan petua pantas untuk mendidik keluarga anda mengenai nama baik dalam talian.

    Baca lebih lanjut

  • Buat sambungan pintar

    Ikut petua mudah ini untuk mendidik keluarga anda mengenai hubungan dalam talian yang sihat dan berbahaya.

    Baca lebih lanjut

  • Jadilah penegak kebenaran, bukan setakat pemerhati

    Kegiatan membuli dalam atau luar talian adalah menyakitkan. Didik anak remaja anda tentang komunikasi di web yang boleh atau tidak boleh diterima.

    Baca lebih lanjut

Alat keselamatan

Dapatkan alat keselamatan Google yang direka untuk membantu keluarga anda memantau nama baik dalam talian mereka.

YouTube

Urus Komen YouTube

Jika seseorang membuat ulasan yang tidak anda sukai pada video atau Saluran anda, anda boleh menyekat mereka di YouTube. Ini bermakna mereka tidak akan dapat membuat ulasan tentang kandungan anda atau menghantar mesej peribadi kepada anda.

Ketahui lebih lanjut

Untuk menghalang seseorang di YouTube, lawati halaman Saluran mereka, yang seharusnya mempunyai URL yang serupa dengan www.youtube.com/user/NAME.

Pada tab "Perihal" mereka, klik ikon bendera.

Akhir sekali, klik sekat pengguna.

YouTube

Kongsi video hanya dengan khalayak yang betul

Sama ada anda mahu mengekalkan video sebagai peribadi, mengongsinya dengan beberapa orang rakan atau menyiarkannya kepada dunia, terdapat tetapan privasi yang sesuai untuk anda. Di YouTube, video ditetapkan kepada "Awam" secara lalai, tetapi anda boleh menukar tetapan tersebut dengan mudah dalam "Tetapan Privasi" semasa anda memuat naik video tersebut. Jika anda berubah fikiran kemudian, anda boleh menukar privasi video yang sudah pun dimuat naik.

Ketahui lebih lanjut

Untuk menukar Tetapan Privasi, lawati Pengurus Video anda.

Dapatkan video yang anda ingin tukar, kemudian klik butang Edit.

Pergi ke menu lungsur "Tetapan Privasi".

Pilih Awam untuk berkongsi dengan semua orang, Tidak Disenaraikan untuk berkongsi dengan pengguna yang mempunyai pautan ke video itu atau Peribadi untuk berkongsi dengan pengguna tertentu.

Klik Simpan perubahan.

Google+

Hentikan ulasan atau teg yang tidak diingini

Jika anda tidak mahu melihat siaran seseorang di Google+, anda boleh menyekat mereka dengan pergi ke profil mereka dan memilih Laporkan/sekat [nama orang tersebut]. Anda turut boleh meredam siaran tertentu untuk tidak lagi melihatnya dalam strim anda.

Ketahui lebih lanjut

Untuk menghalang seseorang pada desktop, pergi ke profil mereka.

Di bahagian tepi profil, klik Laporkan/sekat [nama orang tersebut].

Sahkan bahawa anda mahu menyekat orang tersebut.

Google+

Pilih kemas kini siapa yang anda lihat dalam strim anda

Bagaimana jika seseorang menambahkan anda pada kalangan mereka, tetapi anda tidak berminat untuk berinteraksi dengan mereka? Jika anda tidak mahu menyekat mereka, anda boleh meredam mereka. Jika anda meredamkan pengguna, anda tidak lagi akan menerima pemberitahuan daripada mereka atau halaman mereka.

Ketahui lebih lanjut

Buka Google+.

Pergi ke profil/halaman seseorang.

Klik anak panah di bawah foto dan maklumat profil mereka.

Pilih "Redam [orang/halaman]".

YouTube

Kawal perbualan mengenai video anda

Anda boleh menyederhanakan ulasan pada saluran YouTube anda dengan mudah. Anda boleh memilih untuk memadamkan ulasan atau untuk menyembunyikan ulasan daripada orang tertentu atau dengan kata kunci tertentu daripada diterbitkan sebelum anda menyemaknya.

Ketahui lebih lanjut

Untuk menyederhanakan ulasan, klik anak panah di bahagian atas sebelah kanan ulasan untuk melihat pilihan anda.

Klik Alih Keluar untuk mengeluarkan ulasan daripada YouTube.

Atau, klik Larang dari saluran untuk menyekat pengguna daripada menyiarkan ulasan pada video dan saluran anda.

Dalam Tetapan Ulasan, anda boleh meminta kelulusan untuk semua ulasan baharu sebelum disiarkan atau anda boleh melumpuhkan ulasan.

Tetapan Ulasan membolehkan anda menetapkan penapis untuk orang yang boleh memberi ulasan pada saluran anda. Anda turut boleh menyekat ulasan dengan perkataan tertentu.

Lihat lagi alat keselamatan