Melaporkan Produk Palsu

Tiada siapa yang ingin ditipu agar membeli barangan palsu. Barangan palsu mengandungi tanda dagangan atau logo yang sama atau sangat hampir sama dengan tanda dagangan barangan asal. Barangan palsu meniru ciri jenama produk dengan niat supaya pelanggan keliru dan menganggap barangan mereka ialah barangan tulen pemilik jenama tersebut.

Google mengambil serius sebarang penyalahgunaan perkhidmatan kami untuk mengiklankan atau menjual barangan palsu. Jika produk atau perkhidmatan yang dihoskan oleh Google digunakan untuk mengiklankan atau menjual barangan, kami mempunyai dasar yang jelas yang memerangi penggunaan produk dan perkhidmatan kami untuk tujuan penipuan. Kami mengekhaskan banyak sumber kejuruteraan dan mesin untuk menghalang penyalahgunaan yang melanggar dasar kami, termasuk pemalsuan. Walau bagaimanapun, sebahagian besar tapak web yang dikembalikan dalam hasil Carian Google ialah tapak web pihak ketiga, bukan produk atau perkhidmatan yang dihoskan oleh Google. Jika anda berasa ragu dengan kandungan yang terdapat di tapak web, sila hubungi terus pemilik tapak web itu atau jika anda telah mendapat perintah mahkamah, sila pertimbangkan proses perintah mahkamah sukarela kami. Semak Petua Keselamatan Beli-belah kami yang mungkin dapat membantu anda mengenal pasti tapak yang menjual produk palsu.

Kami turut menyediakan borang bagi melaporkan penyalahgunaan untuk kegunaan pengguna dan pemilik jenama. Borang tersebut boleh didapati melalui pusat bantuan produk individu (lihat semua pusat bantuan Google) dan termasuk perkara berikut: