Dasar Privasi

Ini ialah versi Dasar Privasi kami yang diarkibkan. Lihat versi semasa atau semua versi lalu.

Sembunyikan contoh
Tunjukkan contoh
Sembunyikan contoh

Yang terakhir diubah suai: 31 Mac 2014 (lihat versi yang diarkibkan)

Terdapat banyak cara berbeza untuk anda mengguna perkhidmatan kami – untuk mencari dan berkongsi maklumat, untuk berhubung dengan orang lain atau untuk mencipta kandungan baru. Apabila anda berkongsi maklumat dengan kami, contohnya dengan mencipta Akaun Google, kami boleh memperbaikkan perkhidmatan tersebut– untuk memaparkan kepada anda hasil cariandan iklan yang lebih berkaitan, untuk membantu anda berhubung dengan orang atau untuk menjadikan perkongsian dengan orang lain lebih cepat dan lebih mudah. Apabila anda mengguna perkhidmatan kami, kami ingin anda memahami cara kami menggunakan maklumat dan cara anda boleh melindungi privasi anda.

Polisi Privasi kami menerangkan:

Kami telah cuba memudahkannya sebaik mungkin, tetapi jika anda tidak biasa dengan istilah seperti kuki, alamat IP, teg piksel dan penyemak imbas, maka anda perlu membaca mengenai istilah penting ini terlebih dahulu. Privasi anda penting bagi Google, oleh itu sama ada anda baru menggunakan Google atau pengguna lama, sila luangkan masa untuk memahami amalan kami – dan jika anda ingin mengemukakan sebarang pertanyaan, rujuk halaman ini.

Maklumat yang kami kumpul

Kami mengumpul maklumat utnuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada semua pengguna kami – dari memikirkan perkara asas seperti bahasa yang anda tuturkan, kepada perkara yang lebih rumit seperti iklan mana yang anda akan mendapati lebih berguna atau orang yang penting kepada anda atas talian.

Kami mengumpulkan maklumat dengan dua cara:

Bagaimana kami mengguna maklumat yang kami kumpul

Kami mengguna maklumat yang kami kumpul dari semua perkhidmatan kami untuk menyediakan, mengekalkan, melindungi dan membaikkan perkhidmatan tersebut, untuk memajukan perkhidmatan baru dan untuk melindungi Google dan pengguna kami. Kami juga mengguna maklumat ini untuk menawar kepada anda kandungan yang telah disesuaikan – seperti memberikan anda hasil carian dan iklan yang lebih berkaitan.

Kami mungkin mengguna nama yang anda berikan untuk Profil Google anda merentasi semua perkhidmatan yang kami tawarkan yang memerlukan Akaun Google. Di samping itu, kami mungkin mengganti nama terdahulu berkaitan dengan Akaun Google anda supaya anda diwakili secara tekal merentasi semua perkhidmatan kami. Jika pengguna lain sudah mempunyai e-mel anda atau maklumat lain yang mengenal pasti anda, kami mungkin menunjukkan kepada mereka maklumat Profil Google anda yang boleh dilihat secara terbuka, seperti nama dan gambar anda.

Apabila anda menghubungi Google, kami mungkin menyimpan rekod komunikasi anda untuk membantu menyelesaikan sebarang isu yang anda mungkin hadapi. Kami mungkin mengguna alamat e-mel anda untuk memberitahu anda mengenai perkhidmatan kami, seperti memberitahu anda mengenai perubahan atau pembaikkan yang akan berlaku.

Kami mengguna maklumat yang kami kumpulkan dari kuki dan teknologi lain, seperti teg piksel, untuk untuk mempertingkatkan pengalaman pengguna anda dan mutu keseluruhan perkhidmatan kami. Contohnya, dengan menyimpan pilihan bahasa anda, kami boleh memaparkan perkhidmatan kami dalam bahasa yang anda utamakan. Apabila memaparkan iklan yang tersuai kepada anda, kami tidak akan mengaitkan kuki atau pengecam tanpa nama dengan kategori sensitif, seperti perkara yang berdasarkan bangsa, agama, orientasi seksual atau kesihatan.

Kami mungkin menggabungkan maklumat peribadi dari satu perkhidmatan dengan maklumat, termasuk maklumat peribadi, dari perkhidmatan Google yang lain – contohnya, bagi lebih memudahkan perkongsian perkara dengan orang yang anda kenali. Kami tidak akan menggabungkan maklumat kuki DoubleClick dengan maklumat yang boleh mengenalpastikan secara peribadi melainkan jika kami mendapat keizinan untuk tmenurutserta anda.

Kami akan meminta keizinan anda sebelum mengguna maklumat untuk tujuan selain daripada yang telah dinyatakan dalam Polisi Privasi ini.

Google memproses maklumat peribadi pada pelayan kami di banyak negara di seluruh dunia. Kami mungkin memproses maklumat peribadi anda pada pelayan yang berada di luar negara tempat tinggal anda.

Ketelusan dan pilihan

Setiap orang mempunyai kebimbangan privasi yang berbeza. Matlamat kami adalah untuk menjadi jelas mengenai jenis maklumat yang kami kumpulkan supaya anda boleh membuat pilihan yang bermakna mengenai cara maklumat tersebut digunakan. Contohnya, anda boleh:

Anda juga boleh menetapkan pelayar anda untuk menyekat semua kuki, termasuk kuki yang dikaitkan dengan perkhidmatan kami, atau untuk menunjuk apabila kuki ditetapkan oleh kami. Bagaimanapun, adalah penting untuk anda mengingat bahawa banyak perkhidmatan kami mungkin tidak akan berfungsi dengan baik jika kuki anda dilumpuhkan. Contohnya, kami mungkin tidak mengingati pilihan bahasa anda.

Maklumat yang anda kongsi

Banyak perkhidmatan kami membolehkan anda berkongsi maklumat dengan orang lain. Ingat bahawa apabila anda berkongsi maklumat secara terbuka, ia mungkin boleh diindeks oleh enjin carian, termasuk Google. Perkhidmatan kami menyediakan pilihan berbeza tentang perkongsian dan pemindahan keluar kandungan anda.

Pengaksesan dan Pengemaskinian maklumat peribadi anda

Apabila anda mengguna perkhidmatan kami, matlamat kami adalah untuk menyediakan akses kepada maklumat peribadi anda. Jika maklumat tersebut adalah salah, kami berusaha untuk memberikan anda cara mengemas kini maklumat tersebut dengan cepat atau untuk memadamkannya – kecuali jika kami perlu menyimpan maklumat tersebut untuk tujuan perniagaan yang sah atau untuk tujuan undang-undang. Apabila mengemas kini maklumat peribadi anda, kami mungkin meminta anda mengesahkan identiti anda sebelum kami boleh bertindak ke atas permintaan anda.

Kami mungkin menolak permintaan yang berulang dan tidak munasabah, memerlukan usaha teknikal yang tidak seimbang (contohnya, membangunkan sistem baharu atau mengubah secara asas amalan sedia ada), menjejaskan privasi orang lain atau yang amat tidak praktis (contohnya, permintaan berkenaan dengan maklumat yang terdapat pada sistem sandaran).

Dimana kami boleh menyedia akses dan pembetulan maklumat, kami akan berbuat demikian secara percuma, kecuali jika ia memerlukan usaha yang tidak sekadar. Matlamat kami adalah untuk mengekalkan perkhidmatan kami dengan cara yang melindungi maklumat daripada pemusnahan tidak sengaja atau yang berniat jahat. Oleh sebab ini, selepas anda memadamkan maklumat daripada perkhidmatan kami, kami mungkin tidak memadamkan salinan sisa daripada pelayan aktif kami dan mungkin tidak memindah keluar maklumat daripada sistem sandaran kami dengan serta-merta.

Maklumat yang kami kongsi

Kami tidak berkongsi maklumat peribadi dengan syarikat, organisasi dan individu di luar Google melainkan dalam salah satu keadaan yang berikut:

Kami mungkin berkongsi maklumat terkumpul, yang tidak boleh dikenal pasti secara peribadi secara terbuka dan dengan rakan kongsi kami – seperti penerbit, pengiklan atau laman yang berkenaan. Contohnya, kami mungkin berkongsi maklumat secara terbuka untuk menunjuk trend mengenai penggunaan am perkhidmatan kami.

Jika Google terlibat dalam penggabungan, pengambilan atau penjualan aset, kami akan terus menjamin kerahsiaan sebarang maklumat peribadi dan memberikan notis kepada pengguna yang terjejas sebelum maklumat peribadi dipindahkan atau diletakkan di bawah polisi peribadi yang berbeza.

Keselamatan maklumat

Kami berusaha bersungguh-sungguh untuk melindungi Google dan pengguna kami daripada akses tidak dibenarkan atau perubahan, pendedahan atau pemusnahan yang tidak dibenarkan terhadap maklumat yang kami pegangi. Secara khususnya:

Bila Dasar Privasi ini dilaksanakan

Polisi Privasi kami digunapakai untuk semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google Inc. dan anggota gabungannya, termasuk perkhidmatan yang ditawarkan pada laman lain (seperti perkhidmatan pengiklanan kami), tetapi tidak termasuk perkhidmatan yang mempunyai polisi privasi lain yang tidak menggabungkan Polisi Privasi ini.

Polisi Privasi kami tidak terpakai untuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat atau individu lain, termasuk produk atau laman yang mungkin dipaparkan kepada anda dalam hasil carian, laman yang mungkin terdiri daripada perkhidmatan Google atau laman lain yang dipaut dari perkhidmatan kami. Polisi Privasi kami tidak meliputi amalan maklumat syarikat dan organisasi lain yang mengiklankan perkhidmatan kami dan yang mungkin mengguna kuki, tag piksel dan teknologi lain untuk melayan dan menawarkan iklan yang berkaitan.

Pematuhan dan kerjasama dengan pihak berkuasa pengaturan

Kami sentiasa menyemak semula pematuhan kami terhadap Polisi Privasi kami. Kami juga mematuhi beberapa rangka kerja pengawal seliaan sendiri.. Apabila kami menerima aduan bertulis rasmi, kami akan menghubungi orang yang membuat aduan tersebut untuk membuat susulan. Kami bekerjasama dengan pihak penguatkuasa undang-undang yang berkenaan, termasuk pihak kuasa data tempatan, untuk menyelesaikan sebarang aduan berkenaan dengan pemindahan data peribadi yang kami tidak dapat selesaikan secara terus dengan pengguna kami.

Perubahan

Polisi Privasi kami mungkin berubah dari semasa ke semasa. Kami tidak akan mengurangkan hak anda di bawah Polisi Privasi ini tanpa persetujuan anda yang jelas. Kami akan menyiarkan sebarang perubahan Polisi Privasi pada halaman ini dan, jika perubahan adalah ketara, kami akan menyediakan notis yang lebih menyerlah (termasuk, untuk perkhidmatan tertentu, pemberitahuan melalui e-mel tentang perubahan polisi privasi). Kami juga akan menyimpan versi terdahulu Polisi Privasi ini dalam arkib untuk semakan semula anda.

Amalan produk khusus

Notis berikut menerangkan amalan privasi khusus berkenaan dengan produk dan perkhidmatan Google tertentu yang anda mungkin gunakan:

Bahan berkaitan privasi dan keselamatan lain yang berguna boleh didapati melalui halaman dasar dan prinsip, termasuk: