Tapis

Carian Google

Laporkan keputusan SafeSearch yang tidak wajar

Jika anda menemui hasil di SafeSearch yang berunsur dewasa, sila laporkannya kepada kami—kami sentiasa berusaha untuk menambah baik penapis kandungan kami dan jenis maklum balas seperti ini membantu kami menjadikan SafeSearch lebih selamat untuk semua orang.

Ketahui lebih lanjut

Klik imej tidak senonoh yang anda lihat dalam hasil carian untuk membuka halaman yang mengandungi lebih banyak pilihan

Klik Hantar maklum balas di penjuru bawah sebelah kanan panel hasil carian imej.

YouTube

Benderakan kandungan yang boleh dipersoalkan

Pakar dasar kami berusaha sepanjang masa untuk membantu memastikan anda dan keluarga anda selamat di YouTube. Jika anda melihat kandungan atau kelakuan yang anda fikir melanggar Garis Panduan Komuniti YouTube, anda boleh membenderakannya untuk semakan. Jika didapati melanggar garis panduan kami, video tersebut akan dialih keluar daripada tapak. Jika didapati tidak melanggar Garis Panduan tetapi mungkin tidak sesuai untuk semua orang, video tersebut mungkin dikenakan sekatan umur, jadi pengguna yang lebih muda tidak dapat menontonnya.

Ketahui lebih lanjut

Untuk membenderakan video, klik butang "Bendera" di bawah alat main video.

Klik sebab untuk pembenderaan yang paling sesuai dengan pelanggaran dalam video tersebut.

Berikan sebarang maklumat tambahan yang boleh membantu pasukan penyemakan membuat keputusan mereka.

Pembenderaan video dilakukan secara awanama, tetapi anda perlu log masuk untuk menggunakan alat pembenderaan.

Untuk mengetahui cara membenderakan ulasan atau saluran, sila layari Pusat Bantuan.

Google+

Laporkan kandungan yang menjelikkan

Jika seseorang membuat ulasan atau catatan yang tidak sesuai di Google+, anda boleh melaporkannya—walaupun dari peranti mudah alih. Google+ mempunyai Dasar Kandungan jelas yang menerangkan perkara yang sesuai dan tidak sesuai untuk dilakukan di tapak, jadi jika anda melihat kandungan atau kelakuan yang melanggar dasar kami, anda boleh membenderakannya untuk semakan. Kami menyemak kandungan yang dibenderakan sepanjang masa dan kami boleh mengalih keluar kandungan dan mengehadkan atau menutup akaun pengguna yang melanggar dasar kami.

Ketahui lebih lanjut

Untuk melaporkan catatan, klik anak panah di bahagian atas sebelah kanan catatan. Kemudian klik Laporkan Spam atau Penyalahgunaan.

Dalam tetingkap pop timbul yang dipaparkan, anda boleh mengenal pasti sebab anda melaporkan tentang catatan tersebut.

Apabila telah selesai, bendera merah akan dipaparkan bersebelahan dengan catatan tersebut. Untuk membuat asal laporan itu, klik pada bendera merah.

Untuk melaporkan ulasan, tuding pada ulasan tersebut dan klik pada bendera kelabu yang dipaparkan.

Google+

Pastikan Hangouts selamat untuk semua orang

Kami mahu semua orang seronok menggunakan Hangouts. Jika anda melihat kandungan atau kelakuan yang melanggar Dasar Kandungan dan Kelakuan Google+, anda boleh membenderakannya untuk semakan. Dasar ini memainkan peranan penting dalam memastikan Google+ menjadi tempat yang selamat dan positif, jadi kami mungkin mengalih keluar kandungan dan mengehadkan atau menutup akaun pengguna yang melanggar dasar kami. Anda turut boleh menyekat pengguna Hangouts jika anda tidak lagi mahu melihat atau mendengar suara mereka.

Ketahui lebih lanjut

Untuk menghalang pengguna Hangout, tuding tetikus pada lakaran kecil video orang itu.

Klik ikon abaikan.

Untuk menyekat pengguna Hangout selama-lamanya, tandai kotak di sebelah "Padam selama-lamanya" dan kemudian pilih Selesai.

Blogger

Bantu memastikan blogosphere selamat untuk semua

Terdapat garis panduan yang jelas mengenai jenis kandungan yang boleh disiarkan di Blogger. Jika anda melihat kandungan yang melanggar Dasar Kandungan Blogger, anda boleh membenderakannya untuk semakan. Apa-apa sahaja yang melanggar dasar kami akan dialih keluar dan kami akan meletakkan halaman amaran di hadapan kandungan yang tidak melanggar dasar kami tetapi mungkin tidak sesuai untuk kesemua khalayak.

Ketahui lebih lanjut

Untuk melaporkan kandungan, lawati artikel bantuan di sini.

Di bahagian bawah halaman, pilih jenis penyalahgunaan untuk mengakses borang hubungan yang berkaitan.

Lengkapkan maklumat yang diminta dan kemudian klik "Serah".

Jika anda berada di blog yang ingin anda laporkan, klik lungsur "lagi" di bahagian atas halaman.

Kemudian klik "Laporkan Penyalahgunaan" dan ikut langkah untuk memaklumkan Blogger mengenai kandungan pada halaman tersebut.

Google Play

Gunakan kawalan Ibu bapa untuk menapis apl mengikut rating kandungan

Anda boleh menggunakan kawalan Ibu bapa untuk menyekat kandungan yang boleh dimuat turun atau dibeli di Google Play. Ciri ini membantu anda mencari kandungan yang sesuai untuk anda dan keluarga.

Ketahui lebih lanjut

Buka apl Gedung Play pada peranti anda.

Di penjuru atas sebelah kiri, sentuh ikon Menu.

Ketik Tetapan.

Ketik Kawalan ibu bapa.

Hidupkan Kawalan ibu bapa.

Buat PIN.

Sentuh Apl & Permainan.

Pilih tahap kematangan.

Carian Google

Tetapkan dan lupakannya. Pastikan Mod Keselamatan dikunci.

Jika anda ingin Mod Keselamatan sentiasa dihidupkan, anda boleh menguncinya. Kemudian setiap kali anda mengakses YouTube dari penyemak imbas itu, anda akan log masuk ke Mod Keselamatan secara automatik.

Ketahui lebih lanjut

Pilih Hidupkan atau Matikan untuk mendayakan atau melumpuhkan Mod Keselamatan.

Untuk mengunci tetapan ini, log masuk ke Akaun Google anda.

Apabila anda log masuk, anda diberi pilihan untuk mengunci tetapan ini.

YouTube

Tetapkan penapis untuk memastikan kandungan yang tidak sesuai tidak dimasukkan

Jika anda memilih untuk tidak melihat kandungan dewasa atau yang dikenakan sekatan umur apabila anda menyemak imbas di YouTube, tatal ke bahagian bawah mana-mana halaman YouTube dan dayakan Mod Keselamatan. Mod Keselamatan membantu menapis kandungan yang mungkin tidak menyenangkan dari carian, video berkaitan, senarai main, rancangan dan filem.

Ketahui lebih lanjut

Tatal ke bahagian bawah mana-mana halaman YouTube dan klik menu lungsur dalam bahagian "Keselamatan".

Pilih Hidupkan atau Matikan untuk mendayakan atau melumpuhkan Mod Keselamatan.

Untuk mengunci tetapan ini, log masuk ke Akaun Google anda.

Apabila anda log masuk, anda diberi pilihan untuk mengunci tetapan ini.

Google Play

Halang pembelian yang tidak disengajakan atau tidak diingini

Anda boleh membantu menghalang pembelian yang tidak disengajakan yang dibuat di Google Play dengan meminta maklumat tertentu, seperti kata laluan dimasukkan sebelum membuat pembelian.

Ketahui lebih lanjut

Buka apl Gedung Play pada peranti anda.

Di penjuru atas sebelah kiri, sentuh ikon Menu.

Ketik Tetapan.

Ketik Memerlukan pengesahan untuk pembelian.

Pilih pilihan yang terbaik untuk anda. Jika anda seorang ibu atau bapa atau merancang untuk berkongsi peranti anda, kami mengesyorkan supaya anda memilih pilihan Untuk semua pembelian melalui Google Play pada peranti ini.

YouTube

Urus Komen YouTube

Jika seseorang membuat ulasan yang tidak anda sukai pada video atau Saluran anda, anda boleh menyekat mereka di YouTube. Ini bermakna mereka tidak akan dapat membuat ulasan tentang kandungan anda atau menghantar mesej peribadi kepada anda.

Ketahui lebih lanjut

Untuk menghalang seseorang di YouTube, lawati halaman Saluran mereka, yang seharusnya mempunyai URL yang serupa dengan www.youtube.com/user/NAME.

Pada tab "Perihal" mereka, klik ikon bendera.

Akhir sekali, klik sekat pengguna.

YouTube

Kongsi video hanya dengan khalayak yang betul

Sama ada anda mahu mengekalkan video sebagai peribadi, mengongsinya dengan beberapa orang rakan atau menyiarkannya kepada dunia, terdapat tetapan privasi yang sesuai untuk anda. Di YouTube, video ditetapkan kepada "Awam" secara lalai, tetapi anda boleh menukar tetapan tersebut dengan mudah dalam "Tetapan Privasi" semasa anda memuat naik video tersebut. Jika anda berubah fikiran kemudian, anda boleh menukar privasi video yang sudah pun dimuat naik.

Ketahui lebih lanjut

Untuk menukar Tetapan Privasi, lawati Pengurus Video anda.

Dapatkan video yang anda ingin tukar, kemudian klik butang Edit.

Pergi ke menu lungsur "Tetapan Privasi".

Pilih Awam untuk berkongsi dengan semua orang, Tidak Disenaraikan untuk berkongsi dengan pengguna yang mempunyai pautan ke video itu atau Peribadi untuk berkongsi dengan pengguna tertentu.

Klik Simpan perubahan.

YouTube

Kawal perbualan mengenai video anda

Anda boleh menyederhanakan ulasan pada saluran YouTube anda dengan mudah. Anda boleh memilih untuk memadamkan ulasan atau untuk menyembunyikan ulasan daripada orang tertentu atau dengan kata kunci tertentu daripada diterbitkan sebelum anda menyemaknya.

Ketahui lebih lanjut

Untuk menyederhanakan ulasan, klik anak panah di bahagian atas sebelah kanan ulasan untuk melihat pilihan anda.

Klik Alih Keluar untuk mengeluarkan ulasan daripada YouTube.

Atau, klik Larang dari saluran untuk menyekat pengguna daripada menyiarkan ulasan pada video dan saluran anda.

Dalam Tetapan Ulasan, anda boleh meminta kelulusan untuk semua ulasan baharu sebelum disiarkan atau anda boleh melumpuhkan ulasan.

Tetapan Ulasan membolehkan anda menetapkan penapis untuk orang yang boleh memberi ulasan pada saluran anda. Anda turut boleh menyekat ulasan dengan perkataan tertentu.

Google+

Hentikan ulasan atau teg yang tidak diingini

Jika anda tidak mahu melihat siaran seseorang di Google+, anda boleh menyekat mereka dengan pergi ke profil mereka dan memilih Laporkan/sekat [nama orang tersebut]. Anda turut boleh meredam siaran tertentu untuk tidak lagi melihatnya dalam strim anda.

Ketahui lebih lanjut

Untuk menghalang seseorang pada desktop, pergi ke profil mereka.

Di bahagian tepi profil, klik Laporkan/sekat [nama orang tersebut].

Sahkan bahawa anda mahu menyekat orang tersebut.

Google+

Pilih kemas kini siapa yang anda lihat dalam strim anda

Bagaimana jika seseorang menambahkan anda pada kalangan mereka, tetapi anda tidak berminat untuk berinteraksi dengan mereka? Jika anda tidak mahu menyekat mereka, anda boleh meredam mereka. Jika anda meredamkan pengguna, anda tidak lagi akan menerima pemberitahuan daripada mereka atau halaman mereka.

Ketahui lebih lanjut

Buka Google+.

Pergi ke profil/halaman seseorang.

Klik anak panah di bawah foto dan maklumat profil mereka.

Pilih "Redam [orang/halaman]".

Android

Hadkan akses kepada apl dan permainan yang diluluskan sahaja.

Ingin berkongsi tablet anda tanpa mengongsi semua bahan anda? Pada tablet Android yang menjalankan versi 4.3 dan yang lebih tinggi, anda boleh membuat profil terhad yang mengehadkan akses yang pengguna lain miliki kepada ciri dan kandungan pada tablet anda.

Ketahui lebih lanjut

Jika anda pemilik tablet, sentuh Tetapan → Pengguna → Tambah pengguna atau profil.

Sentuh Profil terhad → Profil baharu, kemudian nama profil.

Gunakan suis HIDUPKAN/MATIKAN dan tetapan untuk mengurus akses kepada ciri, tetapan serta apl.

Tekan butang Kuasa untuk kembali ke skrin kunci, kemudian sentuh ikon profil baharu.

Setelah semua disediakan, skrin Laman Utama menjadi kosong. Sentuh ikon Semua Apl untuk bermula dengan profil baharu.

Chrome

Kawal kandungan yang dilihat oleh keluarga anda di Web

Jika anda ingin mengawal tapak yang boleh dilawat oleh keluarga anda di Internet, anda boleh menggunakan Pengguna di Bawah Seliaan di Google Chrome. Dengan Pengguna di Bawah Seliaan, anda boleh melihat halaman yang telah dilawati oleh pengguna anda dan menyekat tapak web yang anda tidak ingin pengguna anda lihat.

Ketahui lebih lanjut

Untuk menyediakan pengguna di bawah seliaan pada Chromebook anda, mulakan pada skrin log masuk utama dan klik Tambah pengguna.

Di sebelah kanan skrin, pilih Buat pengguna di bawah seliaan.

Klik Buat pengguna di bawah seliaan.

Log masuk ke akaun yang akan mengurus pengguna di bawah seliaan dan klik Seterusnya.

Pilih nama pengguna, kata laluan dan gambar untuk pengguna di bawah seliaan. Klik Seterusnya.

Akaun Google

Jadikan Akaun Google anda lebih selamat

Anda boleh menambahkan lapisan keselamatan tambahan pada Akaun Google anda dengan mendayakan pengesahan 2 langkah. Jika anda menghidupkan pengesahan 2 langkah, Google akan menghantar kod laluan ke telefon mudah alih anda apabila seseorang cuba log masuk ke akaun anda dari komputer yang tidak dikenali. Ini bermakna, jika seseorang mencuri atau meneka kata laluan anda, bakal penyerang tersebut masih tidak dapat log masuk ke akaun anda kerana mereka tidak memiliki telefon anda. Kini anda boleh melindungi diri anda dengan sesuatu yang anda tahu (kata laluan anda) dan sesuatu yang anda miliki (telefon anda).

Ketahui lebih lanjut

Akses tetapan anda dengan mengklik nama atau gambar anda di penjuru kanan, kemudian klik Akaun.

Di bahagian atas, klik Keselamatan. Dalam kotak Kata Laluan, klik Persediaan di sebelah "Pengesahan 2 langkah."

Anda kemudiannya akan melihat panduan langkah demi langkah yang akan membantu anda melalui proses persediaan.

Anda kemudiannya akan dibawa kembali ke tetapan pengesahan 2 langkah. Semak tetapan anda dan tambah nombor telefon sandaran.

Sudah selesai! Pada log masuk anda yang seterusnya, anda akan menerima SMS dengan kod pengesahan.

Android

Jauhkan peranti anda dari mata yang mengintip

Jika anda tidak mahu orang yang menggunakan telefon atau tablet anda mengakses bahan anda, anda boleh menetapkan kunci skrin pada telefon atau tablet anda. Anda boleh memilih PIN, kata laluan atau corak, malah mengunci telefon menggunakan muka anda!

Ketahui lebih lanjut

Pada peranti anda, pergi ke Tetapan → Peribadi → Keselamatan → Kunci skrin.

Sentuh jenis kunci yang anda mahu dan ikut arahan pada skrin.

Android

Cari peranti anda dari jauh, walaupun peranti itu hilang atau dicuri

Dengan Pengurus Peranti Android, anda oleh mengesan, membunyikan atau memadam bersih peranti Android anda dari jauh jika peranti itu hilang atau dicuri. Apabila anda mendayakan ciri ini pada peranti anda, anda boleh mengesan telefon atau tablet anda pada peta, memadamkan data anda dari jauh atau menghubungi telefon anda untuk lebih memudahkan anda mencarinya.

Ketahui lebih lanjut

Buka Tetapan Google daripada menu apl, kemudian sentuh Keselamatan.

Di bawah "Pengurus Peranti Android", anda boleh menghidupkan "Kesan peranti ini dari jauh" dan/atau "Benarkan kunci dan padamkan dari jauh".

Untuk mencari peranti anda, log masuk ke Pengurus Peranti Android.

Pilih: Bunyikan peranti anda; Kunci peranti anda dengan kata laluan baharu; Padamkan semua data anda.

Chrome

Semak imbas web secara tertutup

Anda boleh menggunakan Mod Inkognito dalam penyemak imbas Chrome pada komputer, tablet atau telefon anda untuk menyemak imbas web secara tertutup. Dalam Mod Inkognito, halaman yang anda lawati dan fail yang anda muat turun tidak direkodkan dalam sejarah penyemakan imbas atau muat turun Chrome.

Ketahui lebih lanjut

Klik menu Chrome pada bar alat penyemak imbas → Klik Tetingkap Inkognito Baharu.

Tetingkap baharu akan dibuka dengan ikon inkognito terletak di penjuru. Untuk keluar, hanya tutup tingkap tersebut.

Akaun Google

Akaun Google anda, gaya anda

Pada halaman tetapan Akaun anda, anda boleh melihat perkhidmatan dan maklumat yang berkaitan dengan Akaun Google anda dan menukar tetapan keselamatan dan privasi anda.

Ketahui lebih lanjut

Akses tetapan dengan mengklik nama atau gambar anda di penjuru kanan, kemudian klik Akaun.

Akaun Google

Urus data yang disimpan dalam Akaun Google anda

Dashboard Google menunjukkan apa yang disimpan dalam Akaun Google anda dan memberikan gambaran keseluruhan kepada beberapa aktiviti akaun anda baru-baru ini. Dari satu lokasi pusat, anda boleh melihat data dan aktiviti anda dengan mudah dan mengakses tetapan anda untuk perkhidmatan seperti Blogger, Kalendar, Docs, Google+ dan banyak lagi.

Ketahui lebih lanjut

Lawati Dashboard untuk melihat ringkasan data yang dikaitkan dengan Akaun Google anda dan mengurus tetapan peribadi anda.

Dari sini, lihat dan urus data yang disimpan dalam Akaun Google anda.

Akaun Google

Dapatkan makluman jika nama anda muncul di web

Saya di Web boleh membantu anda memahami dan mengurus bahan yang orang lihat apabila mereka mencari anda di Google. Ciri ini membantu anda menyediakan Google Alerts supaya anda boleh memantau jika maklumat tentang anda dipaparkan dalam talian dan secara automatik mencadangkan beberapa istilah carian yang anda mungkin ingin awasi.

Ketahui lebih lanjut

Log masuk ke Akaun Google dan navigasi ke bahagian “Saya di Web”.

Klik Urus Makluman Web saya dan kemudian klik butang merah untuk membuat makluman.

Nama anda akan dipaparkan dalam medan teks. Klik medan teks untuk melihat lagi makluman yang disyorkan.

Klik Tambah untuk menambahkan makluman. Klik ikon pensel untuk membuat suntingan dan ikon tong sampah untuk memadamkan.

Dalam menu lungsur “Berapa kerap”, pilih kekerapan makluman.

Google+

Kongsikan catatan dan foto dengan orang yang betul

Kongsikan perkara yang sesuai dengan orang yang betul menggunakan kalangan Google+. Sebagai contoh, anda boleh membuat satu kalangan untuk rakan, satu untuk keluarga dan satu lagi untuk bos anda. Dengan cara itu, apabila anda berkongsi kemas kini, anda boleh memilih orang yang boleh melihat catatan anda dengan mudah.

Ketahui lebih lanjut

Google+

Nikmati perbualan peribadi dengan orang dalam kalangan anda

Hangouts merupakan cara yang menyeronokkan dan selamat untuk berhubung dengan keluarga dan rakan anda. Hantar mesej, kongsi foto dan buat panggilan video dengan sesiapa sahaja di dunia, tiket kapal terbang tidak diperlukan. Anda boleh menjadikan Hangouts anda terbuka atau peribadi dan kami telah membina beberapa ciri untuk memastikan perbualan anda tertutup apabila anda memilih begitu.

Ketahui lebih lanjut

Hangouts membolehkan anda menghantar mesej, foto, emoji dan membuat panggilan video dengan rakan dan keluarga anda. Ketahui lebih lanjut mengenai Hangouts sini.

Akaun Google

Data anda, semasa bergerak

Google Takeout menyediakan cara paling mudah untuk memuat turun data anda dari produk Google yang anda gunakan, seperti dokumen Drive, mesej Gmail atau video YouTube. Gunakannya untuk membuat sandaran, memuat naik maklumat anda ke perkhidmatan lain atau mencetaknya untuk kertas dinding -- anda yang pilih!

Ketahui lebih lanjut

Klik Buat Arkib.

Pilih produk Google untuk dimasukkan dalam arkib anda.

Klik buat arkib.

YouTube

Tayangan peribadi atau tayangan perdana ke seluruh dunia? Pilihan anda

Kadangkala anda mungkin mahu berkongsi video YouTube anda dengan sekumpulan kecil rakan atau menyimpannya untuk diri sendiri. Jika begitu, anda boleh memilih untuk menjadikan video anda sama ada "tidak disenaraikan" (disembunyikan daripada hasil carian, tetapi boleh dilihat oleh orang yang memiliki pautan) atau "peribadi" (hanya boleh dilihat oleh anda) apabila anda memuat naik video anda. Apabila memuat naik video, video itu ditetapkan sebagai "Awam" secara lalai, yang bermaksud sesiapa sahaja boleh melihatnya.

Ketahui lebih lanjut

Lawati Pengurus Video anda.

Dapatkan video yang anda ingin tukar, kemudian klik butang Edit.

Dalam menu lungsur "Tetapan Privasi", pilih Awam, Tidak Disenaraikan atau Peribadi.

Klik Simpan perubahan.

Akaun Google

Urus cara data anda dikongsi

Banyak laman web yang anda lawati menggunakan Google Analitis untuk menghasilkan laporan awanama mengenai pelawat, yang pemilik laman web gunakan untuk menambah baik laman web mereka. Jika anda tidak mahu data penyemak imbas anda dikongsi dengan cara ini, anda boleh memasang tidak ikut serta.

Ketahui lebih lanjut

Lawati halaman tidak ikut serta Google Analitis dan pasang alat tambah untuk penyemak imbas anda.

Akaun Google

Lihat tapak yang telah anda lawati

Jika anda telah log masuk ke Akaun Google, Sejarah Web membantu menyediakan untuk anda hasil carian dan cadangan yang lebih berkaitan. Jika anda pilih, anda boleh memadamkan masukan, menjeda pengumpulan atau mematikan terus perkhidmatan tersebut. Anda boleh melakukan perkara yang sama dengan Sejarah YouTube.

Ketahui lebih lanjut

Log masuk ke Akaun Google anda dan lawati https://www.google.com/history.

Dari sini, anda boleh mengurus pilihan untuk Sejarah Web Google anda.

Akaun Google

Urus pilihan iklan anda

Tetapan Iklan membantu anda mengawal iklan yang anda lihat di Google. Ketahui cara iklan dipilih untuk anda, kawal maklumat yang anda kongsi dan sekat pengiklan tertentu.

Ketahui lebih lanjut

Akses Tetapan Iklan dengan melawat www.google.com/settings/ads.

Dari sini, anda boleh melaraskan tetapan, mengetahui sebab anda mungkin melihat iklan tertentu atau mengalih keluar iklan yang tidak diingini.

Chrome

Kongsi Chromebook anda dengan rakan

Anda boleh kongsi Chromebook anda dengan rakan dan keluarga, walaupun mereka tidak mempunyai Akaun Google. Dengan menggunakan ciri penyemakan imbas tetamu, anda boleh membenarkan mereka meminjam Chromebook anda dan menyimpan maklumat akaun anda sendiri dengan selamat dan terjamin.

Ketahui lebih lanjut

Untuk memulakan sesi penyemakan imbas tetamu, pilih Semak Imbas sebagai Tetamu dari pelancar.

Untuk menamatkan sesi penyemakan imbas tetamu, pilih Keluarkan tetamu untuk menamatkan sesi tetamu anda.

Chrome

Kosongkan sejarah semak imbas anda

Jika anda menggunakan Chrome sebagai penyemak imbas anda, anda boleh memadamkan sebahagian atau semua sejarah semak imbas anda—dan jika anda log masuk ke Chrome pada berbilang peranti, pemadaman sejarah semak imbas anda akan dilaksanakan pada semua peranti tersebut.

Ketahui lebih lanjut

Untuk mengosongkan Sejarah penyemak imbas anda, klik ikon menu Chrome pada bar alat penyemak imbas.

Pilih Lagi Alatan, kemudian pilih Hapuskan data semakan imbas.

Dalam dialog yang dipaparkan, tandakan kotak pilihan "Kosongkan sejarah semak imbas".

Gunakan menu di bahagian atas untuk memilih jumlah data yang anda hendak padamkan.

Chrome

Kawal maklumat yang dihantar kepada Google

Sesetengah pilihan penyemak imbas Chrome menggunakan maklumat anda, seperti tapak web yang anda lawati, untuk meningkatkan dan melindungi pengalaman dalam talian anda. Jika anda tidak ingin menghantar data penyemakan imbas kepada Google, anda boleh mematikan ciri tertentu di Chrome.

Ketahui lebih lanjut

Untuk melaraskan Tetapan Privasi Chrome, klik ikon menu Chrome → Tetapan → Tunjukkan tetapan terperinci → lihat dalam bahagian Privasi.

Nyahtandai sebarang tetapan privasi yang tidak lagi diperlukan. Apabila anda mematikan tetapan privasi, maklumat itu tidak akan dihantar kepada Google.

Google Play

Laporkan apl yang tidak sesuai

Anda boleh melaporkan apl berniat jahat atau apl yang tidak sesuai yang anda temui dalam apl Gedung Play.

Ketahui lebih lanjut

Buka apl Gedung Play pada peranti anda.

Buka halaman butiran apl.

Di bahagian bawah halaman, ketik Benderakan sebagai tidak sesuai.

Pilih sebab anda fikir apl itu tidak sesuai.

Ketik Serah.

Google Play

Semak penilaian kandungan apl

Apl dan permainan di Gedung Play mempunyai penilaian kandungan. Anda boleh menyemak tahap kematangan apl atau permainan sebelum memuat turunnya untuk memastikan apl atau permainan itu sesuai untuk anda dan keluarga.

Ketahui lebih lanjut

Buka apl Gedung Play pada peranti anda.

Buka halaman butiran apl dan lihat penilaiannya di bawah nama apl.

Sentuh Baca Lagi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tatal ke bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penerangan kandungan dan ciri interaktifnya.

Google Play

Cari kandungan mesra keluarga di Google Play

Bahagian keluarga di Google Play memudahkan anda mencari kandungan yang mesra keluarga daripada jenama yang dipercayai. Ini termasuk kandungan untuk watak kegemaran anak anda dan kandungan yang boleh ditapis mengikut kumpulan umur.

Ketahui lebih lanjut

Buka apl Gedung Play pada peranti anda.

Pilih Apl, Permainan, Filem & TV atau Buku.

Pilih Buku Keluarga atau Kanak-kanak.

Dari sini, anda boleh menyemak imbas kandungan mengikut peringkat umur atau watak popular juga.

Perhatikan lencana umur untuk memahami umur yang sesuai dengan kandungan.