Semak tetapan Gmail anda

Jika anda menggunakan Gmail, anda boleh ikut langkah ini untuk membantu memastikan akaun anda kekal selamat.

Pastikan e-mel anda tidak dikirim semula atau dikongsi melainkan anda mahu melakukannya

Semak tab "Tetapan mel" dalam Gmail pada bahagian tetapan mengirim semula dan penugasan yang memberikan orang lain akses ke akaun anda untuk memastikan e-mel anda dihalakan dengan betul.

Jika anda terlupa kata laluan anda, anda memerlukan cara untuk masuk kembali ke akaun anda

Google boleh menghantar e-mel kepada anda di alamat e-mel pemulihan jika anda perlu menetapkan semula kata laluan anda, jadi pastikan yang alamat e-mel pemulihan tersebut terkini dan merupakan akaun yang anda boleh akses. Anda turut boleh menambahkan nombor telefon pada profil Gmail anda untuk menerima kod bagi menetapkan semula kata laluan anda melalui mesej teks.

Salah satu cara paling mudah dan boleh dipercayai untuk membantu mengekalkan keselamatan akaun anda adalah dengan mempunyai nombor telefon bimbit dalam akaun anda. Contohnya, Google boleh menggunakan nombor telefon untuk mencabar orang yang cuba memecah masuk ke akaun anda dan menghantar kod pengesahan kepada anda supaya anda boleh masuk ke akaun anda jika kehilangan akses. Pemberian nombor telefon pemulihan kepada Google tidak akan mengakibatkan anda didaftarkan dalam senarai pemasaran atau mendapat lebih banyak panggilan daripada pihak telepemasaran.

Telefon bimbit anda ialah kaedah pengenalan yang lebih selamat berbanding alamat e-mel pemulihan anda atau soalan keselamatan kerana, tidak seperti kedua-dua kaedah tersebut, anda memiliki telefon bimbit anda secara fizikal.

Semak akses atau aktiviti luar biasa dalam akaun anda

Semak akaun anda dengan kerap untuk mengesan aktiviti luar biasa atau meragukan. Klik pada pautan "butiran" di bahagian paling bawah halaman tersebut untuk mencari alamat IP terkini yang telah mengakses mel anda dan lokasinya yang berkaitan. Jika anda lihat aktiviti akaun yang mencurigakan, segera tukar kata laluan anda dan log keluar dari akaun anda. Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai aktiviti akaun yang mencurigakan.

Apabila anda log masuk ke Gmail, anda harus menyemak bagi memastikan alamat web bermula dengan https:// (dan bukan hanya "http://"). Hal ini memberi isyarat bahawa sambungan anda ke tapak web tersebut disulitkan dan lebih tahan terhadap pengintipan atau gangguan. Untuk mendapatkan petua Gmail lebih lanjut, lihat senarai semak keselamatan Gmail kami.

Laporkan gangguan daripada pengguna Gmail

Jika anda mengalami pengalaman di mana pengguna Gmail melanggar dasar Gmail, sila baca langkah seterusnya yang disyorkan berikut.

Alat keselamatan

Ketahui 5 ciri keselamatan dalam talian teratas Google yang direka untuk membantu anda memastikan keluarga anda selamat dalam talian.

Akaun Google

Jadikan Akaun Google anda lebih selamat

Anda boleh menambahkan lapisan keselamatan tambahan pada Akaun Google anda dengan mendayakan pengesahan 2 langkah. Jika anda menghidupkan pengesahan 2 langkah, Google akan menghantar kod laluan ke telefon mudah alih anda apabila seseorang cuba log masuk ke akaun anda dari komputer yang tidak dikenali. Ini bermakna, jika seseorang mencuri atau meneka kata laluan anda, bakal penyerang tersebut masih tidak dapat log masuk ke akaun anda kerana mereka tidak memiliki telefon anda. Kini anda boleh melindungi diri anda dengan sesuatu yang anda tahu (kata laluan anda) dan sesuatu yang anda miliki (telefon anda).

Ketahui lebih lanjut

Akses tetapan anda dengan mengklik nama atau gambar anda di penjuru kanan, kemudian klik Akaun.

Di bahagian atas, klik Keselamatan. Dalam kotak Kata Laluan, klik Persediaan di sebelah "Pengesahan 2 langkah."

Anda kemudiannya akan melihat panduan langkah demi langkah yang akan membantu anda melalui proses persediaan.

Anda kemudiannya akan dibawa kembali ke tetapan pengesahan 2 langkah. Semak tetapan anda dan tambah nombor telefon sandaran.

Sudah selesai! Pada log masuk anda yang seterusnya, anda akan menerima SMS dengan kod pengesahan.

Chrome

Semak imbas web secara tertutup

Anda boleh menggunakan Mod Inkognito dalam penyemak imbas Chrome pada komputer, tablet atau telefon anda untuk menyemak imbas web secara tertutup. Dalam Mod Inkognito, halaman yang anda lawati dan fail yang anda muat turun tidak direkodkan dalam sejarah penyemakan imbas atau muat turun Chrome.

Ketahui lebih lanjut

Klik menu Chrome pada bar alat penyemak imbas → Klik Tetingkap Inkognito Baharu.

Tetingkap baharu akan dibuka dengan ikon inkognito terletak di penjuru. Untuk keluar, hanya tutup tingkap tersebut.

Akaun Google

Akaun Google anda, gaya anda

Pada halaman tetapan Akaun anda, anda boleh melihat perkhidmatan dan maklumat yang berkaitan dengan Akaun Google anda dan menukar tetapan keselamatan dan privasi anda.

Ketahui lebih lanjut

Akses tetapan dengan mengklik nama atau gambar anda di penjuru kanan, kemudian klik Akaun.

Akaun Google

Dapatkan makluman jika nama anda muncul di web

Saya di Web boleh membantu anda memahami dan mengurus bahan yang orang lihat apabila mereka mencari anda di Google. Ciri ini membantu anda menyediakan Google Alerts supaya anda boleh memantau jika maklumat tentang anda dipaparkan dalam talian dan secara automatik mencadangkan beberapa istilah carian yang anda mungkin ingin awasi.

Ketahui lebih lanjut

Log masuk ke Akaun Google dan navigasi ke bahagian “Saya di Web”.

Klik Urus Makluman Web saya dan kemudian klik butang merah untuk membuat makluman.

Nama anda akan dipaparkan dalam medan teks. Klik medan teks untuk melihat lagi makluman yang disyorkan.

Klik Tambah untuk menambahkan makluman. Klik ikon pensel untuk membuat suntingan dan ikon tong sampah untuk memadamkan.

Dalam menu lungsur “Berapa kerap”, pilih kekerapan makluman.

Akaun Google

Urus data yang disimpan dalam Akaun Google anda

Dashboard Google menunjukkan apa yang disimpan dalam Akaun Google anda dan memberikan gambaran keseluruhan kepada beberapa aktiviti akaun anda baru-baru ini. Dari satu lokasi pusat, anda boleh melihat data dan aktiviti anda dengan mudah dan mengakses tetapan anda untuk perkhidmatan seperti Blogger, Kalendar, Docs, Google+ dan banyak lagi.

Ketahui lebih lanjut

Lawati Dashboard untuk melihat ringkasan data yang dikaitkan dengan Akaun Google anda dan mengurus tetapan peribadi anda.

Dari sini, lihat dan urus data yang disimpan dalam Akaun Google anda.

Lihat lagi alat keselamatan