Gambaran Keseluruhan Privasi Google
Skop
Penyataan ini digunakan pada produk, perkhidmatan dan laman web seluruh dunia Google (bersesama, "perkhidmatan" Google). Maklumat Peribadi dan data lain yang kami kumpulkan
- Google mengumpulkan maklumat peribadi semasa anda mendaftar untuk perkhidmatan Google ataupun dengan sukarela memberikan maklumat ini. Kami akan menggabungkan maklumat peribadi yang diambil daripada anda dengan maklumat daripada perkhidmatan Google atau pihak ketiga untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna, termasuklah menyesuaikan kandungan untuk anda.
- Google menggunakan kuki dan teknologi lain untuk mempertingkatkan pengalaman dalam talian anda dan untuk mempelajari mengenai bagaimana anda menggunakan perkhidmatan Google untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kami.
- Pelayan Google akan merekodkan maklumat semasa anda melawati laman web kami atau menggunakan beberapa produk kami secara automatik, termasuklah URL, alamat IP, bahasa dan jenis penyemak imbas serta masa dan tarikh permintaan anda.
- Baca lagi dalam dasar privasi penuh.
Penggunaan
- Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi untuk menyediakan perkhidmatan yang anda telah minta, termasuklah perkhidmatan yang memaparkan kandungan dan pengiklanan yang diperibadikan.
- Kami juga mungkin menggunakan maklumat peribadi untuk mengaudit, menyelidik dan menganalisis untuk menjana dan meningkatkan teknologi serta perkhidmatan Google.
- Kami akan berkongsi maklumat bukan peribadi yang dikumpulkan dengan pihak ketiga di luar Google.
- Apabila kami menggunakan pihak ketiga untuk membantu kami dalam memproses maklumat peribadi anda, kami meminta mereka mematuhi Dasar Privasi kami dan sebarang kaedah kerahsiaan dan keselamatan yang sesuai.
- Kami juga akan berkongsi maklumat dengan pihak ketiga dalam keadaan terhad, termasuklah semasa mematuhi proses undang-undang, mencegah fraud atau mudarat hampir dan memastikan keselamatan perkhidmatan dan rangkaian kami.
- Google memproses maklumat peribadi pada pelayan kami di Amerika Syarikat dan di negara lain. Dalam kes tertentu, kami memproses maklumat peribadi pada pelayan di luar negara anda sendiri.
- Baca lagi dalam dasar privasi penuh.
Pilihan Anda
- Kami menawarkan pilihan kepada anda apabila kami bertanyakan maklumat peribadi, pada bila-bila masa yang mungkin. Anda boleh mendapati lebih banyak maklumat mengenai pilihan anda dalam notis privasi atau Soalan Lazim untuk perkhidmatan yang khusus.
- Anda boleh menolak untuk memberikan maklumat peribadi kepada kami dan/atau menolak kuki dalam penyemak imbas anda, walaupun akibatnya beberapa ciri atau perkhidmatan kami mungkin tidak berfungsi dengan baik.
- Kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan anda akses kepada maklumat peribadi anda apabila diminta dan membiarkan anda membetulkan data sedemikian sekiranya ia tidak tepat dan memadamnya, bila mungkin perlu.
- Baca lagi dalam dasar privasi penuh.
Maklumat lanjut
Bagi mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan Google yang khusus, sila semak notis privasi yang relevan dalam bar navigasi di sebelah kiri, atau semak halaman Bantuan Google. Google adalah ahli Program Safe Harbor EU/AS.
Bagi mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai amalan privasi kami, sila ke dasar privasi penuh. Jika anda mempunyai soalan tambahan mengenai privasi anda dan Google, sila hubungi kami di sini. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak akan menjawab soalan yang tidak berkaitan dengan Dasar Privasi Google.