Prinsip perisian

Di Google, kami memikirkan dengan mendalam untuk memperbaiki pengalaman dalam talian anda. Kami bimbang dengan apa yang kami percaya adalah peningkatan sikap tidak menghiraukan hak anda sebagai pengguna komputer. Kami telah melihat peningkatan laporan perisian pengintip dan aplikasi lain yang menipu anda supaya dapat memberikan anda iklan pop timbul atau merampas penyemak imbas anda daripada tapak yang anda cuba lawati.

Kami tidak nampak yang aliran ini akan berkurangan. Hakikatnya, aliran ini menjadi bertambah teruk. Sebagai penyedia perkhidmatan dan pengewangan kepada pengguna, pengiklan dan penerbit di Internet, kami rasa bertanggungjawab untuk bersikap proaktif mengenai isu ini. Kami telah menggariskan beberapa prinsip yang kami percaya industri kami perlu amalkan. Kami berazam untuk mematuhi garis panduan ini sendiri dengan aplikasi yang kami edarkan. Kerana kami juga amat mempercayai bahawa prinsip ini adalah baik untuk industri dan pengguna di seluruh dunia, kami menggalakkan rakan kongsi perniagaan semasa dan prospek untuk turut mengamalkannya. Garis panduan ini adalah, mengikut keperluan, umum. Penciptaan dan pengedaran perisian adalah kompleks dan teknologi sentiasa berkembang. Kesimpulannya, beberapa aplikasi yang berguna mungkin tidak mematuhi prinsip sepenuhnya dan ada beberapa amalan yang mengelirukan mungkin tidak diutarakan di sini. Dokumen ini hanyalah permulaan dan tertumpu pada bahagian perisian dan pengiklanan Internet. Garis panduan ini perlu sentiasa dikemaskinikan untuk mengikuti teknologi yang sentiasa berubah.

Kami berharap supaya dapat berterusan berbincang dengan anda dan rakan kongsi kami. Kami ingin mendengar cadangan anda untuk meningkatkan dan mengemaskinikan prinsip ini. Kongsi maklum balas anda di forum bantuan kami.

Prinsip

Pemasangan

Kami percaya perisian tidak seharusnya mengelirukan anda supaya memasangnya. Ia harus jelas kepada anda bila anda memasang atau mendayakan perisian pada komputer anda dan anda mesti mempunyai kemampuan untuk menolak. Suatu aplikasi seharusnya tidak memuat turun dengan sendiri ke dalam komputer anda secara rahsia atau dengan bersembunyi di dalam program lain yang sedang anda pasang atau kemas kini. Anda harus dimaklumkan dengan jelas tentang fungsi semua aplikasi dalam gabungan.

Pendedahan hadapan

Apabila aplikasi dipasang atau didayakan, ia harus memberitahu anda fungsi utama dan pentingnya. Dan, sekiranya aplikasi itu menjana wang dengan memaparkan iklan kepada anda, ia harus menerangkannya dengan jelas dan terang. Maklumat ini harus dikemukakan dengan cara yang boleh dilihat dan difahami oleh pengguna biasa – bukan dikaburi dengan tulisan kecil yang memerlukan anda menatal. Contohnya, jika aplikasi itu dibayar dengan menyiarkan iklan pop timbul atau menghantar data peribadi anda kepada pihak ketiga, ia mesti diberitahu dengan jelas kepada anda.

Pembuangan mudah

Ia seharusnya mudah untuk anda memahami bagaimana untuk melumpuhkan atau memadamkan suatu aplikasi. Proses ini seharusnya cuba membuang komponen secukupnya untuk melumpuhkan semua fungsi aplikasi itu, kelihatan atau tidak, tanpa mengucar-ngacirkan komputer anda. Setelah suatu aplikasi itu dilumpuhkan atau dipadamkan, ia seharusnya tidak kekal aktif atau kemudiannya didayakan secara automatik dengan sendiri atau dengan aplikasi lain.

Kelakuan jelas

Aplikasi yang menjejaskan atau menukar pengalaman pengguna anda seharusnya menyatakan dengan jelas yang ia menyebabkan perubahan tersebut. Misalnya, jika suatu aplikasi membuka tetingkap, tetingkap itu seharusnya mengenal pasti aplikasi yang bertanggungjawab melakukannya. Aplikasi seharusnya tidak dengan sengaja mengaburi diri di bawah nama yang banyak atau mengelirukan. Anda seharusnya diberi cara untuk mengawal aplikasi itu dengan cara yang jelas dan mudah, seperti dengan mengklik elemen kelihatan yang dihasilkan oleh aplikasi itu. Jika suatu aplikasi menunjukkan anda iklan, ia seharusnya menandakannya dengan jelas sebagai iklan dan memberitahu anda bahawa ia berasal dari aplikasi tersebut. Jika suatu aplikasi membuat penukaran yang dirancang untuk menjejaskan pengalaman pengguna aplikasi lain (seperti penetapan laman utama anda) maka penukaran itu seharusnya dijelaskan kepada anda.

Pengintipan

Jika suatu aplikasi mengumpul atau menghantar maklumat peribadi anda seperti alamat anda, anda seharusnya tahu mengenainya. Kami percaya anda seharusnya ditanya dengan jelas untuk kebenaran anda dengan cara yang terang dan dinyatakan dengan jelas apa maklumat yang akan dikumpulkan atau dihantar. Untuk mendapatkan lagi butiran, dasar privasi yang menyatakan bagaimana maklumat itu akan digunakan dan jika ia akan dikongsi dengan pihak ketiga seharusnya mudah untuk dijumpai.

Mengekalkan syarikat yang baik

Penyedia aplikasi seharusnya tidak membenarkan produk mereka digabungkan dengan aplikasi yang tidak mengikut garis panduan ini.

Ramai pengguna internet mendapati yang selepas waktu berlalu, komputer mereka didapati penuh sarat dengan perisian yang tidak diperlukan – misalnya adware, spyware sarap biasa. Ini disebabkan oleh beberapa aplikasi yang mereka pasang itu disertai sarap, dan sarap itu menjana lebih banyak sarap yang bertindih semakin tinggi dan dalam. Kami percaya sebarang keadaan yang mana berbilang aplikasi dipasang seharusnya dijelaskan kepada pengguna, supaya jika anda bertanya beberapa bulan kemudian – “Apa ini?” – kebanyakannya akan tahu dari mana ia datang dan mengapa ia di situ.

Biasanya terdapat hubungan perniagaan yang kompleks dalam kalangan syarikat yang menyertai gabungan. Ini boleh mengakibatkan syarikat yang berniat baik mendapat faedah dari pengedaran atau hasil yang dijanakan oleh perisian yang tidak menguntungkan anda. Mendapat bayaran untuk mengedar, atau membayar wang untuk diedarkan dengan perisian yang tidak diingini menambahkan lagi perisian yang tidak diingini. Pembuat perisian dan pengiklan yang bertanggungjawab boleh berusaha untuk menghalang pengedaran begitu dengan mengelakkan hubungan perniagaan jenis ini, walaupun ia melalui pengantara.

Kami bimbang dengan saiz masalah ini, yang kami anggarkan menyebabkan beratus juta dolar bertukar tangan setiap tahun. Disebabkan oleh magnitud ini dan kesan terhadap pengguna, tindakan keras oleh industri adalah sangat penting.

Kami percaya yang ia adalah demi kepentingan pengguna dan industri untuk berusaha menghapuskan masalah ini. Bagi tujuan ini, kami akan bertungkus lumus untuk mengedarkan perisian kami hanya dalam gabungan yang mana semua aplikasi mematuhi garis panduan di atas, dan kami fikir pengguna akan mendapat manfaat jika yang lain dalam industri kami melakukan perkara yang sama.

Untuk menyertai tentangan terhadap perisian Internet yang mengelirukan atau untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati http://stopbadware.org. StopBadware.org adalah satu kempen "Menjaga Kejiranan" yang bebas bertujuan menentang perisian berniat jahat. StopBadware.org ingin menyediakan maklumat objektif yang boleh dipercayai mengenai aplikasi yang boleh dimuat turun untuk membantu pengguna membuat pilihan yang lebih baik mengenai apa yang mereka muat turun pada komputer mereka.