Produk dan perkhidmatan kami

Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk orang ramai dan perniagaan. Lihatlah sepintas lalu perkhidmatan yang kami tawarkan.

Pengasas bersama dan CEO kami, Larry Page, pernah menggambarkan “enjin carian yang sempurna” sebagai sesuatu yang “benar-benar memahami apa yang anda maksudkan dan memberikan kembali apa yang anda inginkan kepada anda”. Semenjak beliau menuturkan kata-kata itu, Google telah mengembangkan penawaran produk melampaui carian, tetapi semangat tentang perkara yang beliau katakan masih kekal. Dengan semua teknologi kami—dari carian ke Chrome ke Gmail—matlamat kami adalah untuk seboleh-bolehnya memudahkan anda mencari maklumat yang anda perlukan dan melaksanakan perkara yang anda perlu lakukan.

Ini bermaksud menjadikan carian lebih pintar dan lebih cepat, supaya carian memahami bahawa apabila anda menaip [jaguar] anda mencari kereta, bukannya gambar binatang. Ini bermaksud menunjukkan kepada anda apabila rakan anda menyukai iklan atau hasil carian, supaya anda tahu iklan atau hasil carian tersebut mungkin bernilai. Ini bermaksud menjadikan produk kami berfungsi secara intuitif, supaya anda boleh berkongsi dokumen dengan kenalan Gmail tanpa perlu menyalin dan menampal serta membuka tab pada telefon Android anda sama seperti tab yang anda telah buka pada penyemak imbas Chrome pada desktop anda. Paling penting, ini bermakna menjadikan produk kami berfungsi lebih baik supaya orang ramai boleh menghabiskan masa pada perkara yang mereka pandai lakukan—seperti menikmati masa dengan keluarga, berkhemah dalam hutan, melukis gambar atau mengadakan majlis keraian. Kami masih belum mencapainya, tetapi kami sedang berusaha melakukannya.

Dapatkan senarai semua produk kami »

Perkara yang kami lakukan untuk perniagaan

Kami menyediakan pelbagai alat untuk membantu semua jenis perniagaan berjaya di web dan di luar web. Program ini membentuk tulang belakang perniagaan kami sendiri; program ini juga membolehkan usahawan dan penerbit di seluruh dunia mengembangkan perniagaan mereka. Program pengiklanan kami yang terdiri daripada iklan teks ringkas hingga iklan media mewah, membantu perniagaan mendapatkan pelanggan dan membantu penerbit menjana pendapatan melalui kandungan mereka. Kami juga menyediakan alat pengkomputeran awan untuk perniagaan yang menjimatkan wang dan membantu organisasi menjadi lebih produktif.

Dapatkan senarai semua produk kami »

Perkara yang kami lakukan untuk web

Kami membina produk yang kami harap akan membantu menjadikan web lebih baik— dan dengan itu, pengalaman anda di web menjadi lebih baik. Dengan produk seperti Chrome dan Android, kami ingin menjadikannya lebih mudah dan cepat untuk orang ramai melakukan perkara yang mereka mahukan dalam talian. Kami juga komited kepada web terbuka, justeru itu kami terlibat dalam pelbagai projek bagi memudahkan lagi pembangun menyumbang kepada ekosistem dalam talian dan memacu web ke hadapan. Kami turut bekerja keras untuk mewujudkan web yang lebih baik bagi alam sekitar melalui penggunaan sumber yang cekap dan sokongan terhadap tenaga yang boleh dibaharui. Web telah berkembang dengan pesat sejak Google ditubuhkan, tetapi satu perkara yang masih tidak berubah ialah kepercayaan kami dengan kemungkinan Internet itu sendiri yang tidak berpenghujung.