Pasukan pengurusan

Larry Page dan Sergey Brin menubuhkan Google pada September 1998. Semenjak itu, syarikat telah berkembang kepada lebih daripada 40,000 pekerja di seluruh dunia, dengan pasukan pengurusan yang terdiri daripada profesional teknologi yang paling berpengalaman dalam industri.

Pegawai Eksekutif

Larry Page

Larry Page CEO dan Pengasas Bersama

Sebagai ketua pegawai eksekutif Google, Larry bertanggungjawab mengendalikan operasi harian Google, di samping menerajui pembangunan produk dan strategi teknologi syarikat. Beliau mengasaskan Google bersama dengan Sergey Brin pada tahun 1998 ketika menyambung pengajian pada peringkat PhD di Stanford University dan menjadi CEO pertama sehingga tahun 2001—membangunkan syarikat sehingga mempunyai lebih 200 pekerja dan berjaya menjana keuntungan. Dari tahun 2001 hingga 2011, Larry memegang jawatan sebagai presiden produk.

Larry dianugerahi ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan dari University of Michigan, Ann Arbor dan ijazah sarjana dalam sains komputer dari Stanford University. Beliau ialah ahli Jawatankuasa Penasihat Kebangsaan (NAC) Kolej Kejuruteraan University of Michigan, dan bersama dengan pengasas bersama Sergey Brin, Larry dianugerahi Marconi Prize pada tahun 2004. Beliau merupakan pemegang amanah lembaga X PRIZE dan telah dilantik menyertai Akademi Kejuruteraan Kebangsaan pada tahun 2004.

Larry di Google+

Eric E. Schmidt

Eric E. Schmidt Pengerusi Eksekutif

Sejak menyertai Google pada tahun 2001, Eric Schmidt telah membantu mengembangkan syarikat dari permulaan di Lembah Silikon sehingga menjadi peneraju global dalam bidang teknologi. Sebagai pengerusi eksekutif, beliau bertanggungjawab ke atas urusan luaran Google: membina perkongsian dan hubungan perniagaan yang lebih meluas, capaian kerajaan dan kepimpinan berlandaskan teknologi, di samping memberikan nasihat kepada CEO dan pemimpin kanan tentang isu perniagaan dan dasar.

Dari tahun 2001-2011, Eric berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif Google dan menyelia strategi teknikal dan perniagaan syarikat bersama-sama dengan pengasas Google iaitu Sergey Brin dan Larry Page. Di bawah kepimpinannya, Google mengembangkan infrastrukturnya dengan ketara dan mempelbagaikan penawaran produknya di samping mengekalkan budaya inovasi.

Sebelum menyertai Google, Eric ialah pengerusi dan CEO Novell dan ketua pegawai teknologi di Sun Microsystems, Inc. Sebelum itu beliau berkhidmat dengan tenaga kerja penyelidikan di Xerox Palo Alto Research Center (PARC), Bell Laboratories dan Zilog. Beliau memiliki ijazah sarjana muda kejuruteraan elektrik dari Princeton University di samping ijazah sarjana dan PhD dalam sains komputer dari University of California, Berkeley.

Eric merupakan ahli Majlis Penasihat Presiden tentang Sains dan Teknologi serta Majlis Penasihat Perdana Menteri di U.K. Beliau telah dilantik ke Akademi Kejuruteraan Kebangsaan pada tahun 2006 dan Akademi Seni Lukis dan Sains Amerika sebagai fellow pada tahun 2007. Beliau juga mempengerusikan lembaga Yayasan New America dan sejak tahun 2008, menjadi pemegang amanah Institut Kajian Lanjutan di Princeton, New Jersey. Pada bulan Mei 2012, Eric dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Akademi Khan dan pada tahun 2013, beliau menyertai lembaga The Economist.

Eric di Google+

Sergey Brin

Sergey Brin Pengasas Bersama

Sergey Brin merupakan pengasas bersama Google Inc. pada tahun 1998. Kini beliau mengendalikan projek khas. Dari tahun 2001 hingga 2011, Sergey berkhidmat sebagai presiden teknologi dan berkongsi tanggungjawab mengendalikan operasi harian syarikat bersama Larry Page dan Eric Schmidt.

Sergey memperoleh ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam jurusan matematik dan sains komputer dari University of Maryland di College Park. Pada masa ini beliau menangguhkan pengajian PhDnya dalam bidang sains komputer di Stanford University, yang juga merupakan tempat pengajian beliau di peringkat sarjana. Sergey merupakan ahli Akademi Kejuruteraan Kebangsaan dan penerima Biasiswa Siswazah Yayasan Sains Kebangsaan.

Beliau telah menerbitkan berbelas-belas kertas akademik, termasuk Extracting Patterns and Relations from the World Wide Web; Dynamic Data Mining: A New Architecture for Data with High Dimensionality, yang beliau terbitkan bersama Larry Page; Scalable Techniques for Mining Causal Structures; Dynamic Itemset Counting and Implication Rules for Market Basket Data; dan Beyond Market Baskets: Generalizing Association Rules to Correlations.

Sergey di Google+

David C. Drummond

David C. Drummond Naib Presiden Kanan, Pembangunan Korporat dan Ketua Pegawai Undang-undang

David Drummond menyertai Google pada tahun 2002, dan berkhidmat sebagai naib presiden kanan, pembangunan korporat dan ketua pegawai undang-undang. Beliau mengetuai pasukan global Google dalam undang-undang, dasar awam, komunikasi, pembangunan/penggabungan dan pengambilalihan korporat serta operasi kualiti produk. Beliau juga bertindak sebagai pengerusi bahagian pelaburan Google, iaitu Google Ventures dan Google Capital.

David mula-mula diperkenalkan kepada Google pada tahun 1998 sebagai rakan kongsi dalam kumpulan urus niaga korporat di Wilson Sonsini Goodrich dan Rosati, salah sebuah firma guaman terkemuka Amerika Syarikat yang mewakili perniagaan teknologi. Beliau berkhidmat sebagai penasihat luaran Google yang pertama dan bekerjasama dengan Larry Page dan Sergey Brin untuk memperbadankan syarikat dan memperoleh peringkat awal pembiayaannya.

David memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang sejarah dari Santa Clara University dan J.D. beliau dari Pusat Pengajian Undang-undang Stanford. Beliau merupakan ahli lembaga pengarah Uber Technologies, Inc. dan Rocket Lawyer Inc.

David di Google+

Patrick Pichette

Patrick Pichette Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Kewangan

Patrick Pichette memegang jawatan sebagai ketua pegawai kewangan Google. Beliau mempunyai hampir 20 tahun pengalaman dalam operasi dan pengurusan kewangan dalam sektor telekomunikasi, termasuk tujuh tahun di Bell Canada, yang beliau sertai pada tahun 2001 sebagai naib presiden eksekutif pengurusan perancangan dan prestasi. Semasa berkhidmat di Bell Canada, beliau memegang pelbagai jawatan eksekutif, termasuk Ketua Pegawai Kewangan (CFO) dari tahun 2002 hingga penghujung tahun 2003 dan telah memainkan peranan penting dalam pengurusan rangkaian komunikasi yang paling luas di Kanada dan penghijrahan yang berterusan kepada infrastruktur berasaskan IP kebangsaan yang baharu. Sebelum menyertai Bell Canada, Patrick ialah rakan kongsi di McKinsey & Company, yang beliau merupakan ahli utama North American Telecom Practice McKinsey. Beliau juga berkhidmat sebagai naib presiden dan ketua pegawai kewangan di Call-Net Enterprises Inc., sebuah syarikat telekomunikasi Kanada.

Patrick merupakan ahli lembaga Yayasan Trudeau dan berkhidmat sebagai penasihat kepada Jurutera Tanpa Sempadan, Kanada. Patrick memperoleh ijazah sarjana muda dalam pentadbiran perniagaan dari Université du Québec à Montréal. Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang falsafah, politik dan ekonomi dari Oxford University yang beliau hadiri sebagai Pemegang Biasiswa Rhodes.

Patrick di Google+

Kembali ke atas

Kepimpinan Kanan

Alan Eustace

Alan Eustace

Naib Presiden Kanan, Pengetahuan

Amit Singhal

Amit Singhal

Naib Presiden Kanan, Carian dan Felow Google

Craig Barratt

Craig Barratt

Naib Presiden Kanan, Akses dan Tenaga

Kent Walker

Kent Walker

Naib Presiden Kanan dan Penasihat Am

Laszlo Bock

Laszlo Bock

Naib Presiden Kanan, Operasi Insan

Lorraine Twohill

Lorraine Twohill

Naib Presiden Kanan, Pemasaran Global

Omid Kordestani

Omid Kordestani

Ketua Pegawai Perniagaan Interim, Penasihat Khas kepada Ketua Pegawai Eksekutif

Rachel Whetstone

Rachel Whetstone

Naib Presiden Kanan, Komunikasi dan Dasar

Salar Kamangar

Salar Kamangar

Naib Presiden Kanan, Produk

Sridhar Ramaswamy

Sridhar Ramaswamy

Naib Presiden Kanan, Iklan & Perdagangan

Sundar Pichai

Sundar Pichai

Naib Presiden Kanan, Android, Chrome & Apl

Susan Wojcicki

Susan Wojcicki

Naib Presiden Kanan, YouTube

Urs Hölzle

Urs Hölzle

Naib Presiden Kanan, Infrastruktur Teknikal dan Fellow Google

Kembali ke atas

Lembaga Pengarah

Larry Page, CEObaca profil Larry

Sergey Brin, Pengasas Bersamabaca profil Sergey

Eric E. Schmidt, Pengerusi Eksekutifbaca profil Eric

L. John Doerr telah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah Google sejak Mei 1999. John merupakan Rakan Kongsi Am di Kleiner Perkins Caufield & Byers, sebuah firma modal usaha niaga, sejak Ogos 1980. John turut menjadi ahli lembaga pengarah Amyris, Inc., sebuah syarikat biologi sintetik, sejak Mei 2006, dan berkhidmat sebagai pengerusi jawatankuasa pencalonan dan tadbir urusnya dan ahli jawatankuasa pembangunan kepimpinan dan pampasannya; dan Zynga Inc., penyedia perkhidmatan permainan sosial, sejak April 2013. Dari tahun 1996 hingga 2010, John merupakan pengarah di Amazon.com, Inc., sebuah syarikat runcit internet. John memiliki ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Harvard Business School dan ijazah Sarjana Sains dalam bidang kejuruteraan elektrik dan sains komputer serta ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang kejuruteraan elektrik dari Rice University.
Lagi mengenai L. John Doerr »

Diane B. Greene telah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah Google sejak Januari 2012. Diane juga merupakan ahli lembaga pengarah Intuit Inc., penyedia penyelesaian pengurusan perniagaan dan kewangan, sejak Ogos 2006 dan berkhidmat dengan jawatankuasa audit dan risiko serta jawatankuasa pencalonan dan tadbir urus korporat. Beliau juga ialah seorang ahli MIT Corporation, badan pentadbir Massachusetts Institute of Technology. Diane merupakan pengasas bersama VMware, Inc., penyedia penyelesaian pemayaan dan prasarana awan berasaskan pemayaan, pada tahun 1998 dan menyenaraikan syarikat tersebut sebagai syarikat awam pada tahun 2007. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden VMware dari tahun 1998 hingga 2008, sebagai ahli lembaga pengarah VMware dari tahun 2007 hingga 2008 dan sebagai Naib Presiden Eksekutif EMC Corporation, penyedia teknologi, penyelesaian dan perkhidmatan prasarana maklumat dan prasarana maya dari tahun 2005 hingga 2008. Sebelum VMware, Diane memegang jawatan ketua teknikal di Silicon Graphics Inc., penyedia penyelesaian pengkomputeran teknikal, storan dan pusat data, Tandem Computers, Inc., pengeluar sistem komputer dan Sybase Inc., sebuah syarikat perusahaan perisian dan perkhidmatan global dan pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif VXtreme, Inc., pembangun penyelesaian media penstriman. Diane memiliki ijazah Sarjana Sains dalam bidang sains komputer dari University of California di Berkeley, ijazah Sarjana Sains dalam bidang seni bina kapal dari Massachusetts Institute of Technology dan ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang kejuruteraan mekanikal dari University of Vermont.

John L. Hennessy telah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah Google sejak April 2004 dan sebagai Pengarah Bebas Utama sejak April 2007. John menyandang jawatan Presiden Stanford University sejak September 2000. John juga merupakan ahli lembaga pengarah Cisco System, Inc., syarikat peralatan rangkaian, sejak Januari 2002 dan berkhidmat dengan Jawatankuasa Pencalonan dan Tadbir Urus serta Jawatankuasa Pemerolehan syarikat tersebut. Beliau turut berkhidmat sebagai pemegang amanah Yayasan Gordon dan Betty Moore. Dari tahun 1994 hingga Ogos 2000, John telah menyandang berbagai-bagai jawatan di Stanford, termasuk Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Stanford University dan Pengerusi Jabatan Sains Komputer Stanford University. John bersama-sama mengasaskan dan berkhidmat sebagai pengerusi lembaga pengarah Atheros Communications, Inc., sebuah syarikat semikonduktor wayarles, dari tahun 1998-2010. John memiliki ijazah Kedoktoran dan ijazah Sarjana Sains dalam bidang sains komputer dari State University of New York, Stony Brook dan ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang kejuruteraan elektrik dari Villanova University.
Lagi mengenai John L. Hennessy »

Ann Mather telah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah Google sejak November 2005. Ann juga merupakan ahli lembaga pengarah: Glu Mobile Inc., penerbit permainan mudah alih, sejak September 2005, dan berkhidmat dengan jawatankuasa pencalonan dan tadbir urusnya; Netflix, Inc., sebuah perkhidmatan langganan internet untuk filem dan rancangan televisyen sejak Julai 2010 di samping menjadi pengerusi jawatankuasa auditnya; Shutterfly, Inc., sebuah syarikat pengeluar dan peruncit digital bagi produk dan perkhidmatan yang diperibadikan, sejak Mei 2013 dan menganggotai jawatankuasa auditnya; dan Solazyme, Inc., sebuah syarikat minyak boleh baharu dan bioproduk, sejak April 2011, dan menjadi pengerusi jawatankuasa auditnya. Ann juga menjadi pemegang amanah bebas dalam lembaga pemegang amanah Dana Dodge & Cox sejak Mei 2011. Sebelum ini, Ann merupakan pengarah Kumpulan Central European Media Enterprises, pembangun dan pengendali saluran dan stesen televisyen komersil kebangsaan di Eropah Tengah dan Timur, dari tahun 2004 hingga 2009 dan MoneyGram International, Inc., sebuah syarikat perkhidmatan pembayaran global, dari Mei 2010 hingga Mei 2013. Dari tahun 1999 hingga 2004, Ann menyandang jawatan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Pixar, sebuah studio animasi komputer. Sebelum berkhidmat di Pixar, Ann ialah Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Village Roadshow Pictures, iaitu bahagian penerbitan filem Village Roadshow Limited. Ann memiliki ijazah Sarjana Sastera dari Cambridge University di England dan merupakan seorang akauntan bertauliah.

Alan R. Mulally telah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah kami sejak Julai 2014. Alan berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ford Motor Company, sebuah syarikat automotif global, dari September 2006 hingga Jun 2014. Sebelum ini Alan merupakan ahli lembaga pengarah Ford dan berkhidmat dalam jawatankuasa kewangan dari bulan September 2006 hingga Jun 2014. Dari Mac 2001 hingga September 2006, Alan berkhidmat sebagai Naib Presiden Eksekutif Syarikat Boeing selain Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Boeing Commercial Airplanes, Inc. Beliau juga merupakan ahli Majlis Eksekutif Boeing. Sebelum itu, beliau memegang jawatan Presiden perniagaan angkasa dan pertahanan Boeing. Alan berkhidmat sebagai pengerusi bersama Majlis Daya Saing Washington dan menjadi ahli lembaga penasihat NASA, Universiti Washington, Universiti Kansas, Institut Teknologi Massachusetts dan Lembaga Penasihat Saintifik Tentera Udara Amerika Syarikat. Beliau merupakan ahli Akademi Kejuruteraan Kebangsaan A.S. dan felow Akademi Kejuruteraan Diraja England. Alan memegang ijazah Sarjana Muda Sains dan Sarjana Sains dalam bidang kejuruteraan aeronautik dan astronautikal dari Universiti Kansas serta jazah Sarjana dalam Pengurusan dari Massachusetts Institute of Technology sebagai felow Alfred P. Sloan 1982.

Paul S. Otellini telah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah Google sejak April 2004. Paul menjawat tugas Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Intel Corporation, sebuah syarikat pengeluar semikonduktor, dari Mei 2005 hingga Mei 2013 dan menganggotai lembaga pengarahnya dari tahun 2002 hingga Mei 2013. Beliau juga berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi Intel dari tahun 2002 hingga Mei 2005. Dari tahun 1974 hingga 2002, Paul menyandang pelbagai jawatan di Intel, termasuk Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar Intel Architecture Group serta Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar Kumpulan Jualan dan Pemasaran. Paul berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of California, Berkeley dan Sarjana Muda Sastera dalam bidang ekonomi dari University of San Francisco.
Lagi mengenai Paul S. Otellini »

K. Ram Shriram telah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah Google sejak September 1998. Ram ialah rakan kongsi pengurusan di Sherpalo Ventures, LLC, sebuah syarikat pelaburan usaha niaga dermawan, sejak Januari 2000. Dari Ogos 1998 hingga September 1999, Ram berkhidmat sebagai Naib Presiden Pembangunan Perniagaan di Amazon.com, Inc., sebuah syarikat peruncitan Internet. Sebelum itu, Ram berkhidmat sebagai Presiden di Junglee Corporation, penyedia teknologi pangkalan data, yang diperoleh oleh Amazon.com pada tahun 1998. Ram merupakan seorang ahli awal pasukan eksekutif di Netscape Communications Corporation. Ram juga menduduki lembaga pemegang amanah Stanford University. Ram memiliki ijazah Sarjana Muda Sains dalam matematik dari Universiti Madras, India.
Lagi mengenai K. Ram Shriram »

Shirley M. Tilghman telah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah Google sejak Oktober 2005. Shirley merupakan Presiden Princeton University dari Jun 2001 hingga Julai 2013. Shirley turut berkhidmat sebagai pemegang amanah Yayasan Advantage Testing, Amherst College, Endowmen Carnegie untuk Keamanan Antarabangsa, Universiti Sains dan Teknologi Raja Abdullah dan Leadership for a Diverse America. Dari Ogos 1986 hingga Jun 2001, beliau berkhidmat sebagai Profesor di Princeton University dan mulai Ogos 1988 hingga Jun 2001, beliau memegang jawatan Penyelidik di Institut Perubatan Howard Hughes. Pada tahun 1998, beliau bertindak sebagai pengarah pengasas Institut Lewis-Sigler untuk Genom Berpadu berbilang disiplin di Princeton. Shirley memiliki ijazah Kedoktoran dalam jurusan biokimia dari Temple University dan ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian dari Queen's University.