Budaya kami

Sebenarnya, orang ramailah yang menjadikan Google syarikat seumpamanya. Kami mengambil orang yang bijak dan berazam, kami juga lebih menyukai kebolehan daripada pengalaman. Walaupun Googler berkongsi matlamat dan visi yang sama untuk syarikat, kami berasal dari semua lapisan masyarakat dan bertutur dalam berbagai-bagai bahasa yang mencerminkan khalayak global yang kami berikan perkhidmatan. Apabila tidak bekerja, Googler meneruskan minat mereka dari berbasikal hingga membela lebah, dari bermain frisbee hingga menari foxtrot.

Kami berusaha untuk mengekalkan budaya terbuka yang sering dikaitkan dengan syarikat permulaan yang menggalakkan semua orang menjadi penyumbang amali dan berasa selesa berkongsi idea dan pendapat. Dalam mesyuarat mingguan wajib (“TGIF”) kami—selain melalui e-mel atau di kafe—Googler mengemukakan sebanyak mana soalan berkenaan syarikat terus kepada Larry, Sergey dan eksekutif lain. Pejabat dan kafe kami direka untuk menggalakkan interaksi antara Googler dalam pasukan dan merentas pasukan serta untuk mencetuskan perbualan mengenai kerja dan bermain.

Mari berganding bahu

Kami sentiasa mencari Googler baharu.

Ketahui lebih lanjut di tapak Pekerjaan kami.