Misi Google adalah untuk menyusun maklumat dunia dan menjadikannya boleh diakses dan berguna di serata dunia.

Banyak pencapaian yang telah berjaya diraih oleh syarikat dalam tempoh yang agak singkat. Sejak Google ditubuhkan pada 1998, kami telah berkembang untuk memberikan perkhidmatan kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia.

Apabila Larry bertemu Sergey

Pengasas, Larry Page dan Sergey Brin, bertemu di Stanford University pada 1995. Menjelang 1996, mereka telah membina enjin carian (pada mulanya dipanggil BackRub) yang menggunakan pautan untuk menentukan kepentingan setiap halaman web.

Google Inc.

Larry dan Sergey menamakan enjin carian yang mereka bina sebagai "Google,” yang berasal daripada perkataan “googol”, istilah matematik untuk 1 diikuti oleh 100 sifar. Google Inc. ditubuhkan pada 1998, apabila pengasas bersama Sun, Andy Bechtolsheim mengeluarkan cek yang bernilai $100,000 kepada entiti tersebut—yang tidak wujud lagi pada masa itu.

Tiada di pejabat

“Doodle Google” yang pertama dihasilkan pada tahun 1998 untuk memberitahu pelawat ke halaman utama Google bahawa pengendali Google berada di luar talian di Festival Burning Man di Nevada. Kini terdapat sepasukan “doodler” dan kami telah menyiarkan lebih 2,000 doodle yang berbeza pada halaman utama di seluruh dunia.

Iklan Buat Sendiri

Pada 2000, kami memperkenalkan AdWords, program perkhidmatan layan diri untuk mencipta kempen iklan dalam talian. Kini, penyelesaian pengiklanan kami, yang merangkumi iklan peragaan, mudah alih dan video serta iklan teks ringkas yang kami perkenalkan lebih sedekad lalu, membantu beribu-ribu perniagaan berkembang dan berjaya.

Gmail: bukan jenaka

Pada Hari April Fool 2004, kami melancarkan Gmail. Pendekatan kami terhadap e-mel merangkumi ciri seperti carian pantas, jumlah storan yang besar dan mesej teruntai.

Menjadi umum

Penawaran Awam Permulaan 19,605,052 saham bagi saham biasa Kelas A kami berlangsung di Wall Street pada 18 Ogos 2004.

Lokasi, lokasi, lokasi

Kami memperoleh Keyhole, sebuah syarikat pemetaan digital pada 2004 dan melancarkan Peta Google dan Google Earth pada 2005. Kini Peta juga menampilkan lalu lintas secara langsung, arah transit dan imejan tahap jalan dan Bumi membolehkan anda meneroka lautan dan bulan.

Siarkan diri anda

Pada 2006, kami memperoleh tapak perkongsian video dalam talian, YouTube. Kini, 60 jam video dimuat naik ke tapak tersebut setiap minit. Video kucing, kewartawanan warga, pencalonan politik dan pelangi kembar tidak akan sama lagi.

Robot hijau kecil tiba

Sedang desas-desus tentang “Gphone” kedengaran, kami melancarkan Android—platform terbuka untuk peranti mudah alih—dan Perikatan Set Bimbit Terbuka, pada 2007.

Jenaka yang didengari di seluruh dunia

Berita mengenai Google Chrome keluar sehari sebelum hari yang dijadualkan apabila buku komik yang memperkenalkan penyemak imbas sumber terbuka baharu kami telah dihantar lebih awal daripada yang dirancang. Kami melancarkannya secara rasmi pada 2 September 2008.

CEO dan pengerusi

Larry Page, CEO asal Google sehingga 2001, menyandang jawatan tersebut sekali lagi pada April 2011. Eric Schmidt, kini pengerusi eksekutif kami, menyandang jawatan tersebut selama 10 tahun.

Google+

Pada Jun 2011, kami memperkenalkan projek Google+, yang bertujuan untuk membawa nuansa dan kekayaan perkongsian kehidupan sebenar ke web dan menjadikan keseluruhan Google bertambah baik dengan memasukkan orang ramai, hubungan mereka dan minat mereka.

Sejarah Google secara mendalam

Fakta Google

  • Diasaskan
    1998
  • Pengasas
    Larry Page dan Sergey Brin
  • Pemerbadanan
    4 September 1998
  • Tawaran awam permulaan (NASDAQ)
    19 Ogos 2004
  • Ibu pejabat
    1600 Amphitheatre Parkway
    Mountain View
    CA 94043